Mahathir sokong Anwar jadi PM untuk tebus dosa kata Sayuti

0
204

Kuala Lumpur – Penulis politik, Mohd. Sayuti Omar berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan menyokong bekas seterunya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kerana ingin menebus dosa.

Sayuti yang juga merupakan penyokong pro-reformasi melalui laman Twitternya turut menyifatkan tindakan bekas perdana menteri itu kepada Anwar sebagai satu pengorbanan.

Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau mungkin kembali memegang jawatan perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

“Akhirnya DrM setuju Anwar jadi PM. Apa lagi yg diminta dr DrM. Rasanya dia telah korban untuk Anwar sebagai menebus dosanya.

“Kalau semua org bergerak ke satu jalan untuk jatuhkan Najib perlu tak mempersoalkan niat Dr M, kalau Anwar boleh memaafkan kenapa tidak dengan kita,” tulisnya pada Sabtu.

Terdahulu Dr Mahathir, ketika diwawancara The Guardian sewaktu di London baru-baru ini berkata menyokong bekas sekutu utamanya itu menjadi pemimpin nombor satu apabila dibebaskan.

Beliau bagaimanapun ‘menarik kembali’ sokongan tersebut sambil menegaskan Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri kerana tidak bertanding dalam pilihan raya.

“Siapa kata saya sokong, kita bincang struktur parti. Beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri sehingga pakatan pembangkang melantik seorang Perdana Menteri sementara sekiranya menang untuk membebaskannya, sehingga itu berlaku, beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri.

“Perlu ada Perdana Menteri sementara, kalau tidak, beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri sebab tidak boleh bertanding,” katanya selepas menyempurnakan pelancaran buku bertajuk ‘A Driver’s Son’ oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir baru-baru ini. – MassaTV

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini