“Kanser payudara kerana wanita tak tutup aurat dada kata penceramah”

0
1268

Kuala Lumpur – Seorang penceramah agama dibidas kerana didakwa cuba memperbodohkan para peserta yang menghadiri kursus perkahwinan di sini, sebentar tadi.

Menurut penulis buku indie, Muhamad Syamim Jamil, 25 dia meluat dengan kenyataan penceramah tersebut yang dilihat seakan-akan mengunakan agama untuk merendahkan hak wanita.

“Meluatnya penceramah kursus kahwin dok promosikan poligami; sambil mengecilkan hak perempuan dalam isu ni.

“Penceramah (tersebut) kata perempuan jangan guna emosi dalam isu poligami; mungkin lelaki pun jangan guna emosi, nafsu dan punai gatal dalam isu ni.

“Penceramah kata perempuan kena barah payudara sebagai salah satu balasan Tuhan sebab tak menutup dada bila berpakaian; mindblown,” tulisnya di lama Twitter sebentar tadi tanpa menyebut sebarang nama.

Seterusnya Syamin turut mendakwa ada dikalangan penceramah di kursus tersebut dilihat seakan mempromosikan rogol dikalangan pasangan yag telah berkahwin.

“Penceramah kedua kata kalau suami minta nak ‘projek’, isteri tak boleh menolak tak kira apa pun; is he advocating rape?

“Penceramah ketiga kata kerja paling elok & diberkati untuk wanita ialah surirumah; what year and where are we living? 600 in ancient Arabia?,” soalnya pula.

Sementara itu tinjauan yang dilakukan MassaTV mendapati rata-rata pengikut Syamim turut bersetuju sambil mendakwa melalui perkara yang sama ketika menghadiri kursus perkahwinan tersebut.

Malah ada yang meminta Syamim agar melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan selanjutnya.

‏ “Boleh komplen pada pengendali kursus dan pejabat agama. Samada dia bertindak ke tak hal lain. Yg penting kita report benda2 merepek ni,” kata Aidila Razak.

“My aunt pakai tdung seumur hidup tutup dada. Kena juga. Breast cancer. Kisah macam ni mereka akan kata “dah rezeki Allah nak bagi”,” tulis Akunakkomen.

‏ “Pernah pergi kursus kahwin, apa yg awak cakap serupa dgn apa yg saya dengar. Dorang mmg diajar utk mengajar macam tu ke?,” soal Pohon semalu pula.

“Merepek lah cakap penceramah tu. Belajar tinggi-tinggi ilmu fekah kononnya, bercakap dgn orang merapu perasan ilmu tinggi,” bidas Kapten Jebat‏. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini