Wan Azizah enggan ulas perbalahan Azmin-Guan Eng

0
83

Balik Pulau – Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan diseret ke dalam perbalahan antara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai kewujudan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Sebuah portal berita melaporkan Azmin sebagai berkata pada Rabu bahawa kerajaan Selangor diterajui PR masih wujud berikutan mandat yang diterimanya pada pilihan raya umum lepas, manakala Amanah anggota gabungan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, pada Khamis, Lim menyangkal kenyataan Azmin itu dengan berkata “Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.”

Apabila diminta mengulas tentang perkara itu, Wan Azizah, yang juga presiden PKR, hanya berkata, memenangi pilihan raya umum akan datang lebih penting bagi pembangkang ketika ini.

“Azmin yang komen, komen lah…paling penting bagi kami ialah memenangi pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Kerajaan Pulau Pinang di sini hari ini.

PR dianggotai DAP, PAS dan PKR, sebelum dibubarkan pada Julai 2015 berikutan perbalahan antara PAS dan DAP.

Baru-baru ini, Majlis Syura PAS juga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR, tetapi di Selangor, kedua-dua parti itu mengekalkan hubungan mereka bagi membolehkan 3 anggota dewan undangan negeri PAS terus menduduki kerusi exco hingga pilihan raya umum akan datang.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini