Syarikat Umno didakwa upah penulis RM10 ribu sebulan, ‘belasah’ Najib

0
2636

Kuala Lumpur – Seoorang pemerhati politik mendakwa sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Umno telah mengupah seorang penulis blog untuk terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ab Jalil Backer melalui laman Facebooknya pada Jumaat berkata, penulis upahan tersebut menerima bayaran sebanyak RM 10,000 sebulan.

“Khabarnya ada sebuah syarikat berkaitan UMNO membayar seorang penulis yang membelasah Perdana Menteri RM 10 ribu sebulan.

“Hati-hati pemimpin UMNO terkait yang menguruskan syarikat tersebut, suatu hari (nanti) saya akan dedahkan juga.

“Tips: 1. Menara Hap Seng, 2. Woof! Woof! Woof! (dan) 3. konon sumpah orang jadi batu,” tulisnya melalui status tersebut tanpa menyebut sebarang nama.

Namun hasil tinjauan yang dilakukan MassaTV di ruangan komen mendapati, rata-rata pengikutnya mendakwa status tersebut ditujukan kepada penulis blog, Zaharin Mohd Yassin atau nama penanya Sang Kelembai.

Zaharin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sambil menegaskan dia sering berada di menara Hup Seng kerana gemar untuk minum kopi di salah sebuah permis di bangunan tersebut.

“Saya selalu berada di Hup Seng, kerana bank akaun saya di MayBank P Ramlee, Bangunan Hup Seng adalah trak saya dari Sri Permaisuri, masuk Jalan Sungai Besi, masuk Tol BestRaya menghala Pandan Endah masuk kiri masuk Jalan Kampong Pandan dan terus ke arah Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail dan masuk ke Jalan Raja Laut untuk ke PWTC.

“Biasanya sambil berurus dengan Bank. Saya suka minum di satu kedai kopi termasuk kedai kawan saya Abdullah Ang..Saya juga banyak menghalakan orang hendak berjumpa dan mohun bantuan saya berjumpa di Starbuck di Bangunan Hap Seng.

“Memang benar, dibangunan itu ada satu syarikat bumiputra, pemiliknya penyokong kuat UMNO. Ada masa sama2 berbual kosong, maka bila masa pula saya berkerja dengan Syarikat itu, syarikat itu setahu saya bukan milik UMNO,” ujarnya sambil memuatnaik naik ‘print screen’ satus Jalil di Facebook tidak lama selepas itu.

Namun Zaharin turut mengakui menerima bayaran bulanan dan diberikan jawatan yang penting dari salah seorang pemimpin Umno atas dasar peribadi.

“Pembesar syarikat itu pun tahu, saya ada hubungan dengan pembesar UMNO pegang jawatan penting dan berterusan diberikan elaun bulanan dan itu kesinambungan 30 tahun yang lalu dan tidak ada kaitan dengan politik. Itu hal syarikat yang saya ada kepentingan didalamnya.

“Sekali lagi saya katakan perhubungan saya dengan syarikat bumiputra itu sudah berlaku 20 tahun yang lalu dan bukan sekarang tetapi bukan soal perniagaan, sebaliknya soal peribadi,” ujarnya pula. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini