Rundingan buntu, Morata semakin bosan

0
50

Madrib – Penyerang Real Madrid, Alvaro Morata dikatakan semakin bosan apabila kelabnya dan Manchester United masih gagal mencapai persetujuan tentang yuran perpindahan pada musim panas ini.

Ini kerana Morata yang baru berkahwin itu secara terbuka sudah memberitahu rakannya bahawa dia akan berhijrah ke Old Trafford.

Namun jumlah £79 juta yang diletakkan oleh juara La Liga ke atas pemain antarabangsa Sepanyol itu disifatkan terlalu tinggi buat kelab Inggeris tersebut.

Semalam, United dilaporkan mencapai persetujuan untuk menandatangani penyerang Everton, Romelu Lukaku dengan harga lebih murah iaitu harga £75 juta.

Memetik laporan media Sepanyol, Marca, Morata memang mahu menyertai United namun dia kini mula bosan dengan perkembangan semasa rundingan kedua-dua kelab.
Laporan itu mendakwa, Madrid tidak berminat untuk mengurangkan harga Morata dan mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemain tersebut perlu menepati harga yang ditetapkan.

Namun disebalik kekecewaan itu, pemain berusia 24 tahun tersebut sedia kekal di Madrid jika gagal berhijrah ke kelab lain.

Morata dijangka kembali ke Madrid pada Isnin untuk menjalani latihan pramusim sebelum bertemu United, Manchester City, Barcelona dan Pilihan MLS All-Stars.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini