Powerbank terbakar dilempar penumpang berang

0
50

Istambul – Powerbank terbakar selepas seorang penumpang yang marah melemparkan alat itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk.

“Seorang penumpang yang enggan menyerahkan powerbank bagi mematuhi arahan penerbangan ke United Kingdom. Semasa mempersoalkan tindakan lapangan terbang itu, dia telah melemparkan powerbank berkenaan dan ia terbakar,” kata lapangan terbang itu menerusi Twitter.

Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Lapangan terbang tersebut berkata, alat peranti elektronik tidak dibenarkan dibawa masuk dalam kabin untuk penerbangan ke Britain.

Kejadian itu turut dikongsi oleh beberapa penumpang yang menyaksikan insiden itu di kawasan perlepasan untuk penerbangan ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Seorang penumpang yang mendakwa berada 10 meter dari tempat kejadian berkongsikan imej asap di depan pintu balai berlepas.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini