PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan

0
75

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran empat lagi pegawai kanannya semalam, berkuat kuasa 7 Ogos ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM SAC Datin Asmawati Ahmad berkata pertukaran itu melibatkan Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Pahang ACP Norizan Murad.

Beliau berkata Norizan akan memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Urusetia, Cawangan Urusetia, Bahagian Kepolisan Am Jabatan KDNKA Bukit Aman yang disandang ACP Mohd Abduh Ismail manakala Mohd Abduh mengambil alih jawatan Norizan.

Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon 1, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman ACP S Batumalai pula bertukar ke jawatan Ketua Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum Maktab PDRM Kuala Lumpur.

“Jawatan Batumalai akan diambil alih oleh Supt Ravindar Singh yang kini menyandang jawatan sebagai Ketua Unit (Jenayah Syarikat), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selasa lepas, PDRM mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran 46 pegawai kanan termasuk pelantikan empat pengarah pengarah dan empat ketua polis negeri yang baharu berkuat kuasa 7 Ogos.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rombakan dalam pasukan keselamatan itu bertujuan memperkemas PDRM dan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 serta temasya Sukan SEA 2017.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini