Man United harap nilai Morata diturunkan

0
32

England – Manchester United yakin pembelian penyerang Everton, Romelu Lukaku akan memaksa Real Madrid menurunkan nilai klausa pelepasan Alvaro Morata.

Skysports melaporkan penghijrahan Lukaku yang diburu Chelsea ke Old Trafford dapat membantu Jose Mourinho mendapatkan Morata dengan harga murah.

Wartawannya James Cooper mendakwa Red Devils terlibat dalam rundingan serius bersama Real Madrid untuk membeli Morata tetapi tuntutan wang £80 juta oleh Presidennya Florentino Perez mengejutkan Manchester United.

Jose Mourinho semalam dilaporkan mengejutkan dunia bola sepak dengan mempersetujui bidaan £75 juta untuk Lukaku bersama the Toffees semalam.

Tetapi sumber rapat dan boleh dipercayai kepada Pemilik Everton difahamkan tidak menerima atau mempersetujui sebarang tawaran dengan Manchester United untuk Lukaku.

Tindakan Man United juga disifatkan ia mengakhiri minat untuk menandatangani Morata.

Bagaimanapun Cooper mendakwa ia satu taktik Mourinho untuk memaksa Perez mengurangkan nilai untuk Morata yang mahu meninggalkan Los Blancos dan menyertai Theatre of Dreams bila-bila masa.

“Manchester United mungkin menamatkan hasrat untuk membeli Morata.

“Tetapi ia mungkin menjadi taktiknya dimana boleh dapatkan pemain dengan murah.

“Ini kerana jika Real Madrid mahu menjual Morata yang tidak akan beraksi dalam kesebelasan utama, mereka harus mengurangkan nilai tuntutannya dan tiada pilihan lain.” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini