Saleem tidak mati, tapi masih lemah kata isteri

0
59

Kuala Lumpur – Penyanyi Saleem belum meninggal dunia, kata isterinya Julia Bachok menafikan khabar angin suaminya telah mati pagi tadi.

Julia berkata Saleem, 56, yang demam panas berterusan selama seminggu, kini semakin stabil tetapi masih lemah kerana kurang makan, lapor Utusan Online.

“Seharusnya mereka bertanya dahulu kepada saya kerana saya ada di samping Saleem sepanjang 24 jam,” katanya.

“Telefon saya ini boleh dihubungi bila-bila masa sahaja dan tanyalah saya sendiri atau anak-anak.”

Kesal dan kecewa dengan dakwaan itu, Julia menasihatkan semua pihak agar mendoakan kesihatan Saleem dan bukannya menyebar cerita tidak benar.

Saleem, nama glamor AM Salim Abdul Majeed, semalam dilapor sudah mula bercakap tetapi masih dipantau doktor di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini.

Anaknya Iera Fakhira memberitahu portal itu semalam keluarganya belum dimaklumkan penyakit Saleem kerana doktor masih melakukan pemeriksaan rapi.

Tambahnya, doktor memberitahu ayahnya hanyalah demam panas selama seminggu dan pernafasannya lemah tapi sudah beransur pulih.

Vokalis kumpulan Iklim dikenali melalui lagu-lagu hitnya “Suci Dalam Debu”, “Aduhai! Seribu Kali Sayang” dan “Blues Terengganu Kita”.

Pada 1990, kumpulan itu yang baru muncul di persada muzik negara memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3 melalui lagu “Suci Dalam Debu”.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini