Pegang, tidur dengan anjing lambang Islam maju dan moden – Ku Seman

24
91584

Kuala Lumpur – Bekas pengarang kanan akhbar Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain secara menyindir berkata orang Islam yang gemar memegang atau tidur dengan anjing kerana mahu mengambarkan kepada masyarakat Islam adalah agama yang “maju” dan “moden.”

Disebabkan itu menurutnya mereka yang ‘kolot’ kerana membantah perlakuan tersebut tidak perlu memberikan reaksi yang berlebihan.

“Nanti bertambah terserlah pula kekolotan kita kepada mereka, sebaliknya kita alu-alukan supaya mereka terus maju bersama-sama anjing seperti yang mereka mahu tetapi (kenyataan) ini bukanlah “menganjingkan” (kerana) ini ikhlas.

“Tidak perlu (juga) menggunakan hujah agama dengan puak-puak ini (kerana) kita pun tidak tahu benarkah yang memegang anjing itu Islam, bukan susah sangat pun untuk dipakaikan tudung bagi menunjukkan Islam.

“Mungkin lepas ini ada pula yang pakai serban atau jubah yang peluk babi, tidak mustahil. Nak disarungkan saja bukan susah sangat. Kita jangan terujalah itu orang Islam,” tegasnya melalui catatan di Facebook.

Menurutnya lagi masyarakat juga seharusnya membiarkan golongan tersebut dengan anjing peliharaan mereka itu.

“Seandainya benarlah mereka itu Islam dan kalau tidak memegang atau tidur dengan anjing mereka akan sakit atau gila, biarlah mereka dengan keanjingan itu. Ini kerana orang waras yang gila lebih bahaya daripada anjing gila.

“Kita tidak perlu menghentam atau menasihat. Tidak perlu tunjuk minat untuk ambil peduli tentang mereka. Jangan terkejut kalau selepas ini mereka nak bela babi sebagai haiwan peliharaan,” katanya pula secara berkias.

Masyarakat sebelum ini digemparkan dengan tindakan seorang pengguna Facebook, Nurhanizah Abdul Rahman yang memuat naik videonya memelihara dan memegang seekor anjing dikenali Bubu.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang kecaman pelbagai lapisan masyarakat yang menyifatkan ia sebagai tidak wajar kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

Ku Seman bagaimanapun turut meminta agar golongan tersebut tidak lagi memuatnaik aktiviti bersama anjing peliharaan mereka di laman media sosial bagi mengelakkan poolemik yang sama berulang kembali.

“Cuma saya minta janganlah mereka golongan Islam yang “maju” itu memperagakan di media sosial yang seolah-olah mengajak orang Islam lain sama dengan mereka…  kalau mereka tidak cukup anjing, saya boleh minta kawan saya tangkap selori anjing liar untuk diberikan secara percuma.

“Buat apalah hendak dihebah di media sosial? Pegang anjing atau tidur dengan anjing bukanlah hebat sangat pun. Lainlah kalau tidur dengan buaya. Patutlah dihebah. Itupun bukan buaya darat.

“Mereka kena sedar, tidak semua orang berfikiran maju macam mereka dan selera memeluk atau mencium anjing. Banyak yang kolot termasuk saya yang termuntah hijau bila termasuk dalam restoran hidang daging anjing di Hong Kong,” katanya lagi. – MassaTV

24 KOMEN

  1. tabik spring pada Ku Seman…moh kita syorkan pada depa gi tangkap anjing anjing liar yg berkeliaran dan bawa balik rumah…sekurang kurangnya tak kacau yg tak minat anjing..

  2. Salam.sy mmg setuju dgn ku seman.sentiasa ikut tulisan semasa dgn utusan.sy tersenyum bila dia keluar dr utusan.tahniah ku seman.

  3. Betul tu apa awak cakap !. Saya sokong100% ?.sekarang wajah, pakaian , nama tak orang tu mesti islam. Bukan islam pun pandai memberi salam !. Mengucap dll . Kita jadi umat islam jangan dibodohkan sangat . Seperti di indonesia umpamanya rupa cam melayu pakai songkok tapi jual daging babi sop.takan cuma rupa,pakaian kita angap orang tu islam ?. Klu dia islam pun kita doakan semoga dapt Hidayah !

  4. Betul tu apa awak cakap !. Saya sokong100% ?.sekarang wajah, pakaian , nama tak orang tu mesti islam. Bukan islam pun pandai memberi salam !. Mengucap dll . Kita jadi umat islam jangan dibodohkan sangat . Seperti di indonesia umpamanya rupa cam melayu pakai songkok tapi jual daging babi sop.takan cuma rupa,pakaian kita angap orang tu islam ?. Klu dia islam pun kita doakan semoga dapt Hidayah !

  5. Bagus betul komen ku seman ni.
    Seperkara lg… buat dan promot lah sekuat hati awak bela anjing ni.
    Tak sampai 100 lg awak akan mengadap juga Allah.
    Itu pasti. Yg ikut ajaran awak tu.. jgn risau awak akan dpt juga sahamnya.
    Nak popularkan diri cari benda lain spt tidur dgn buaya ke atau seladang ke atau beruang ke..
    Baru mantap

  6. Jangan kelirukan masyarakat dengan pelihara anjing – Kazim

    LENGGONG: Wanita Islam yang bangga memelihara anjing hingga menjadi viral dalam media sosial dinasihatkan segera belajar ilmu agama bagi mengelakkan tindakannya menjadi ikutan ramai dan fitnah dalam masyarakat. Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, tindakan wanita itu bukan saja menimbulkan fitnah besar sehingga boleh menjadi umat Islam yang cetek ilmu agama bercelaru tetapi juga perbuatan mempersenda hukum Allah dan pegangan mazhab Syafie yang dianuti di negara ini. “Wanita itu sendiri bercelaru apabila memberi maksud ihsan terhadap anjing kerana kita tidak pernah disuruh bermusuh terhadap haiwan itu tetapi hanya dihukumkan sebagai najis terutama air liurnya yang boleh mendatangkan penyakit berbahaya.

    “Kenapa kita sibuk hendak memelihara anjing sehingga ke dalam rumah sedangkan ia bukan suruhan Allah. Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca,” katanya. Mohd Kazim berkata demikian ketika berceramah di Karnival Lenggong 2017 sempena Ulang Tahun Ke-5 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Dataran Lenggong, di sini, malam tadi. Beliau mengulas klip video dalam media sosial yang menunjukkan wanita itu memelihara dan memegang anjing termasuk membiarkan mukanya yang memakai tudung dijilat haiwan itu yang diberi nama Bubu. Mohd Kazim berkata, hukum Islam jelas terhadap anjing terutama air liurnya sebagai najis mughallazah iaitu najis berat yang wajib disamak atau sertu jika terkena malah mazhab Syafie juga meletakkan hukum wajib disamak jika bersentuh dengan anjing apabila keadaan kita atau haiwan itu dalam keadaan basah. Katanya, ia bermaksud jika sengaja hendak sentuh anjing adalah tidak dibenarkan dalam Islam meskipun ia boleh disamak. Beliau berkata, jika berfahaman tidak mengapa pegang anjing sebab boleh disamak, kenapa mereka yang berpandangan demikian tidak menganjurkan sahaja pesta memegang najis sendiri selepas itu disamak dan kemudian dipegang lagi dan dibasuh. “Ada sebab mengapa Allah meletakkan anjing dan babi itu sebagai najis mughallazah. Tapi tak, kita rasa lebih pandai daripada Allah dan rasa tak bersalah pun mempromosikan perlakuan itu. “Bila Allah hukumkan haram maka itu ada sebabnya. Satu daripadanya yang kita dah tahu bahawa air liur anjing itu berkuman yang boleh menyebabkan kita mati atau sel otak menjadi mati seperti yang berlaku dalam kes penyakit anjing gila baru-baru ini. “Bagaimanapun, anjing boleh dibela hanya untuk menjaga kebun atau pergi berburu saja tetapi jika tersentuh wajib juga disamak. Untuk jalan selamat, baik tak usah bela,” katanya.

  7. Yang ambil gambar ini bertujuan untuk provokasi dan niat jahat mereka.
    Kenapa orang islam sendiri yang membantu mempromosi gambar ini.
    Kalau hendak beri penjelasan tidak perlu gambar seorang islam (tak pasti) berpakaian islam pegang anjing.
    Cukup setakat gambar angin dan letak pangkah merah pada gambar tersebut lebih baik.
    Contoh papantanda hanya letak pangkah besar dan gambar hon.
    Orang memahami tidak boleh hon.
    Dengan melihat gambar ini boleh memberi 1001 makna.
    Implikasi buruk akan terkesan kepada orang2 seperti berikut:
    1. Kanak2 yang tidak memahami erti gambar ini.
    2. Mualaf baru yang masih belum kenal sepenuhnya hukum2 islam.
    3. Orang2 yang tidak tahu membaca.
    4. Orang2 yang cetek dalam pengetahuan agama (termasuk orang kafir).
    Dengan terpegaruh dengan gambar ini tanpaimKenapa post sahabat.
    Yang ambil gambar ini untuk provokasi.
    Kenapa sdr nak bantu promosi.
    Elak diri dari terlibat dengan mereka yang benci islam.
    Sdr post gambar ini tujuan apa?
    Implikasi dan kesiani orang2 seperti dibawah ini kerana tidak memahami maksud gambar ini.
    Orang2 yang dikuatiri spt:
    1. Kanak2 yang tidak memahami erti gambar ini.
    2. Mualaf baru yang masih belum kenal sepenuhnya islam.
    3. Orang2 yang tidak tahu membaca.
    4. Orang2 yang cetek dalam pengetahuan agama.
    Dengan gambar ini mereka2 ini akan terikut dan terpegaruh.
    Adakah kita hendak kongsi dosa bersama2 dengan orang yang ambil dan berlakon daldm gambar ini.
    Seramai mana orang terpengaruh gambar ini selagi itu kita turut subahat.
    Tak rugi kalau kita tidak tolong promosi (share) atau guna gambar ini sebagai penjelasan.
    Dalam Al Quran tidak ada gambar untuk memberi penjelasan.
    Tetapi berjuta2 orang islam masih mengikuti nya dengan penuh taqwa.
    Jadi lah orang Islam yang bijak tanpa mengguna ideologi kafir atas kemalasan kita untuk berfikir atau buat gambar lain yang lebih menjurus kpd islam.
    Maaf kalau ada salah dan silap saya.

  8. Ini bukan soal maju atau mundur, ini soal halal atau haram. Kenapa kita nak haramkan apa yg Allah tak haramkan. Persepsi maju atau mundur tu menunjukkan inferiority Melayu, kenapa nak kaitkan dgn maju atau mundur?

  9. Tidak oh tidak sama sekali.,kita Umat Islam harus terus berjuang sehabis mungkin bagi menggagalkan tipu daya yahudi ini melalui aturan dan undang-undang agama negeri masing-masing,mana-mana orang melayu tidak boleh memelihara haiwan ini..di bulan Ramadhan hatta memegang bungkusan makananpun mendapat masalah.,itu belumpun terbukti org itu tidak berpuasa.dan mengapa perkara Seberat ini perly kita biarkan….nakkah kita jadikan generasi melayu jenis ini terus bertambah…??
    Jangan jadikan alasan ‘biarkanlah’
    Menegur sudah menasihatpun sudah
    Apa artinya kita ‘Negara Islam yg Ber-raja’
    Mestikah kita selemah ini, sekecil-kecil urusan akidah yg sekecil inipun kita tidak mampu nak menanganinya dengan tegas untuk dan kepada melayu/ISLAM jenis yg rosak akidahnya dalam pemeliharaan haiwan ini.
    Akhir kata jangan sekali-kali mempermudahkan cara kelak bangsa binasa ‘ALAH Bisa Tegal Jadi BIASA’
    Gunalah kelebihan pada kekuatan Agama Rasmi Negara itu sendiri sebelum
    Kita Kehilangan Identity Melayu dan Islam dalam Negara kita sendiri.
    *usah di turun kata dari orang-orang yg lemah kesungguhannya..dan semoga kuta mendapat RAHMAT ALLAH…AMIIIIN

  10. Sedih aq bca komen korg…ape slh pegang anjing?? Dlm islam pon ade ajr kte care beristinjakkan?? Org dlu2 jaga kebun pon bela anjing gax…cume bile kte terpegang mulut atau mulut die kte perlu beristinjak…

    • Ya betul juga cakap kau tu Abdullah,Aku lagi malu dengan kenyataan kau tu ISLAM dulu dan sekarang tidak pernah berubah walau seincipun ,kau tahu ke tidak…ni
      Cuba kau semak-semak cari dan baca pencerahan yg jelas dari Ustaz Kazim Ilias berhubung kes Anjing.

  11. apa maw kecoh2..? dia pelihara anjing suka dia laa.. bukan kamurang yg tanggung dosa dia.. pasal itu saja, dont be tarrafu..

    • Hai hello smallom….bukan kecoh cuma ambil kesah sebabnya setiap muslim adalah bersausara.Adakala mereka lupa ada masa mereka terlalai dan ada ketika mereka tersalah mendapat maklumat yg tepat benar dan sepatutnya.
      Dari nama saya rasa awak bukan muslim apapun tq sebab ambil kisah.

  12. Dunia akhir zaman macam macam berlaku. Dengan sengaja menyentuh anjing mengakibatkan diri kita terpalit dg najis berat yg perlu disamak dg air tanah liat. Sabagai orang islam yg wajib bersolat lima waktu sahari perlu didalam keadaan bersih supaya kita tidak terjejas dg menyentuh anjing tersebut. Sebagai orang islam wajib didalam keadaan bersih kerana islam menggalak kan kita sentiasa didalam keadaan bersih. Orang islam wajib berlajar hukum hukum islam supaya tahu membezakan yg mana patut dilakukan atau tidak. Jangan lah jadi jahil membuat sesuatu yg bertentangan dg kehendak agama islam itu sendiri.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini