Memalukan, aksi lucah terhadap ‘gadis Shell’ dapat liputan akhbar Britain

1
6869

Kuala Lumpur – Tindakan segelintir lelaki yang melakukan aksi lucah terhadap ‘gadis Shell’ baru-baru ini disifatkan sebagai memalukan dan mencalarkan imej negara di mata dunia.

Laporan mengenainya turut mendapat perhatian akhbar DailyMail yang berpengkalan di United Kingdom baru-baru ini.

Pelbagai lapisan maysrakat sebelum ini meluahkan kemarahan selepas gambar beberapa individu melakukan aksi lucah terhadap papan poster yang memaparkan Nor Shafila, 25, seorang pengurus di salah sebuah stesen Shell.

Susulan itu, iklan itu diturunkan Shell, sementara Nor Shafila kesal dengan perbuatan segelintir lelaki yang menurutnya melampaui batas.

Bagaimanapun salah seorang lelaki yang terlibat dalam pelakuan itu baru-baru ini sudah memohon maaf kepada Shafila dan suaminya.

“Saya dengan rendah diri ingin minta ampun, maaf atas tingkah laku saya terhadap Nur Shafila. Saya minta maaf kepada Syafila terutamanya suami beliau,” kata Shahril Abdul Shukor dalam klip video dimuat naik di internet.

“Kalau perlu berunding, saya akan menghadap Syafila, keluarga Syafila sendiri bersemuka bagi memohon maaf atas tingkah laku ini.”

Sementara itu tinjauan yang dilakukan di ruangan komen mendapati rata-rata penguna Facebook melahirkan rasa kesal dengan tindakan individu yang terbabit sambil mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan kerana melibatkan imej negara.

“Kisah memalukan ini tersebar sampai dalam akhbar di Britain, apa nak jadilah masyarakat kita ni…sidai bra, bra kena curi. Sidai panties, panties kena rembat. Gambar awek Shell ni kira sopanlah siap bertudung – tu pun kena cium, kena raba bagai.

“Agaknya kalau Shell letak gambor awek pakai bikini, maunya bertompok-tompok DNA kat stesen minyak diaorang, huh!!!,” tulis Syaril Kadir di laman Facebooknya.

“Bila sifat malu hilang, apapun boleh berlaku. Malu salah satu cabang kesempurnaan iman. Hilang yang ini, tengok je apa yang ada kat media sosial. Malu untuk berkongsi perkara yang memalukan juga membawa kebaikan. Ingatan untuk diri juga ni,” kata Mahfuz Ali pula.

Poster kad bod itu menunjukkan seolah-olah gadis sebenar berdiri menunjukkan tanda bagus atas pilihan petrol Shell. – MassaTV

1 komen

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini