Mahathir sokong Anwar jadi PM

0
37

Shah Alam – Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong bekas seterunya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika mendapat pengampunan diraja.

“Dalam kes Anwar, kita boleh menuntut beliau tidak dilayan dengan adil. Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi kerajaan.

“Saya fikir kerajaan baru dapat meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

“Dengan itu beliau dapat kembali berpolitik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak dapat tolak,” kata bekas perdana menteri.

Dr Mahathir, yang memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998, berkata demikian ketika diwawancara The Guardian sewaktu di London baru-baru ini.

Selepas meninggalkan Umno, Dr Mahathir berdamai dengan bekas sekutu utamanya itu bagi menentang kerajaan Barisan Nasional.

Selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir berkata beliau menyokong Anwar menjadi pemimpin nombor satu apabila dibebaskan.

“Dalam keadaan beliau mampu terlibat kembali dalam politik dan menjadi perdana menteri, saya tiada bantahan,” katanya.

Dr Mahathir bergeser dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan cuba menyatukan pembangkang melalui gerakan “Deklarasi Rakyat” awal tahun lalu.

Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya Datuk Seri Mukhriz, yang dipecat dari Umno, Dr Mahathir kemudian menubuhkan PPBM.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini