Gadis terkejut, dikecam sebab peluk ayah sendiri (Video)

51
99306

Kuala Lumpur – Seorang gadis terkejut apabila ada di kalangan netizen yang mengecam kerana tidak senang dengan tindakkannya memeluk ayah kandungannya sendiri.

Menurut Eira Aziera, sejak dari kecil lagi dia telah diasuh dengan penuh kasih sayang malah ustaz yang mengajarnya juga sering berpesan untuk mencium kedua ibu dan bapa selagi mereka masih hidup.

“Dah memang manja dari kecik, lagi pun ustaz kata ciumlah ayah kita selagi dia ada, nanti dia dah jadi jenazah (meninggal) nak cium pun dah tak guna. Hangpa yang dah tak ada pak jangan nak cakap naik-naik nafsu, sebab aku anak yang diasuh dengan penuh kasih sayang.. bengong betul

Ada hati nak panggil abang cangkul ajar aku!!! Jenis bodo tak leh diajar nie susah!!! Sian dia nie!! Nampak sgt jantan nie tak pernah peluk cium mak dia!!! Sedangkan syurga dibawah tapak kaki mak dia kan,” luahnya melalui status di Facebook pada Selasa.

Terdahulu Aziera memuatnaik klip video pendek berdurasi 40 saat yang memaparkan dia menghadiahkan seutas jam tangan kepada ayah kandungnya ketika sambutan Aidilifitri baru-baru ini sebelum memeluk dan mencium lelaki tua itu.

Klip video yang kemudiannya menjadi viral di laman media sosial itu, menerima pelbagai kecaman dari netizen yang menyifatkan tindakan gadis itu sebagai tidak wajar dan kurang sopan.

Malah ada yang mendakwa Islam melarang seorang anak gadis yang telah dewasa untuk memeluk ayah kandung sendiri kerana dikhuatiri akan menaikkan nafsu.

“Kena panggil ‘Mat Cangkul’ baru ada akal kot, kalau masa kecik boleh la peluk, kena ada batas (sebab) kau (bukan) budak-budak lagi. Anak manja fahamlah tapi takkan sampai peluk, tanda hormat (memadai) dengan salam cukup. Kepala timun tol, susah la semua benda nak cakap,” tegas salah seorang lelaki tersebut di ruangan komen.

Bagaimanapun menurut Aziera ketika kejadian semua ahli keluarganya turut berada di rumah ayahnya itu sambil menafikan aksi tersebut dilakukan secara berdua-duaan.

“Nie la cerita sebenar dari peluk memeluk tu!!! Bukan peluk berdua2an!! Hari raya kan semua adik beradik kumpul n bg hadia mh hari raya utk my dad!! So salah kah?? Aku peluk ayah aku?? Yg lama tak jumpa???

“Depa dok sama kan aku dgn kes viral pak cium anak tu buat apa!!! Bangang,” ujarnya pula. – MassaTV

51 KOMEN

  1. Memeluk dan mencium kedua orang tua mendatangkan pahala.Merela yang mengecam mungkin tidak pernah melakukannya.Mungkin mereka-mereka golongan yang suka menengking dan kurang ajar dengan orang tua mereka.Teruskan mencium dan memeluk mereka selagi mereka masih hidup.Pedulikan mereka yang tidak pernah membuka kitab kerana mereka memang jahil selamanya.

    • pelukan seorang anak, pada ayah nya tk kira ank perempuan ke atau laki laki, bagi saya se orang Ayah, itu amat lah bernilai bagi saya selagi hidup, sbb tidak pasti sama ada terulang lagi pelukan itu atau yg ter akhir, dari anak.

    • Setuju…kami adik beradik pn dididik dr kecil. Mencium ibu dan bapa hinggalah ksmi dewasa. Thn ni pertama kali berhari raya xdpt peluk n cium abah tercinta.

  2. Samsuri..ekoran dikecam tu sbb diorang letak gmbar cium mulut..oh..rsa ada yg buat fitnah lh..ptut hbs smua org kecam bgai

    • puak2 ni bodo azira weiii….family ang bkn ang soqang ja pompuan..ada kakak lgi…adik lagi…bkn perkara luaq biasa bg ampa ni..apa nak kekok…naik nafsu saipa…brader yg condem ang ni bahaya. ..esok dia ada anak pmpuan,kompom dia stim tgk pa Nohhhh…#GOFURTHERNOGIVEUPAZIERA …

  3. Hahaha bongoks btol yg mengecam tu…tu la org melayu ni selagi bole kecam die nk kecam…yg halal diharamkn yg haram dihalalkn….cium kedua org tua kite tu pahala…cium bf gf kite tu haram…jgn cetek agama sgt….bodoh tu smpan sikit…kurang kasih syg mcm tu la…aku ngan mak abah aku pon mcm tu…bru la dtg nye kemesraan hidup….yg mengecam tu da ckup bgus sgt ke?????terima la korg kt akhirat nnti….hahaha rasain lo…

  4. Peluklah selagi dia bernyawa..ciumlah selagi boleh sementara masih ada…dari lahir kita dipeluk dicium disayang…Allah hai benda mcm ni pun jadi isu besar…saya pun masih peluk dan cium ayah saya…sebab kita anak dah biasa disayangi sedemikian..

    • Sedihnyaaa…
      Raya tahun ni dah tak berpeluang nak peluk cium mak & abah tersayang mcm raya lepas. Nenek la jadi pengganti… Korang yg masih ada mak ayah..jgnla rasa malu nak peluk cium mereka selagi ada peluang. Iskkk…๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

  5. Sye dah berkahwin dan ade anak besar2… Raye baru2 nie jmp ayah masih lg bersalam dan peluk ayah cium pipi ayah…. Depan keluarge.. Adekah sye pun akan d kecam juge… Kesian lelaki yg kecam azira… Kurang kasih sayang gamaknye…

  6. Bongok la sapa yg kecam tu.. pikiaq diri tu bagus sngt? Aduhmakk.. perkara tu biasa laa anak cium ayah sendiri.. dari orang lain yang dok cium gf or bf sendiri.. bahangong..cium ayah sendiri dapat pahala dari cium gf or bf sendiri yang sudah tentunya dapat dosa.. lain kali kalau nak kecam.. pi buka buku dulu.. kaji dulu dosa ka pahal.. baru kecam.. ada paham?

    • Cuba tanya dia… prnah tak jalan berpegangan tangan dgn buah hati?
      Haaaa…yg tu dia tau tak apa plk hukumnya? ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ 

  7. Masa kecil ibubapa dokong dan peluk cium kita…Bila kita dah dewasa….kita yg salam dan peluk cium mak dan ayah…kerana dalam diri mereka sentiasa ade doa utk anak2….

    • Sama la kita…
      Rindu sgt nak peluk cium kedua org tua. Tapi apa boleh buat…
      Doakan jelah moga roh mereka tenang di sana.

  8. sy yg beranak 2 pon masih cium pipi abh sy, peluk..tu tndanya kaya kasih syg, ba alif nga nga yg duk kecam sis ni…nesti xpernah peluk cium bapak ni, mesti kurg ajar dgn mak bapak ni…aihh..geram plk saya

  9. Salam…peluk cium kedua pipi dari anak kpd ibu bapa buat kita rasa d hargai juga d sayangi..
    Tiada rasa @ perasaan yg terlebih dri itu….Allah sentiasa lindungi kita dri perkara yg terlarang..in sha allah
    Itulah amalan ank2 saya setiap keluar rumah….utk kmne saja

  10. depa kecam sbb awek ni x peluk cium depa niii…lg pulak ltak sora chipmunk tu…dh mka comey lg la comey gna sora chipmunk tuu..apapon thniah azira anda seorang anak yg baik dan pnyayang..slagi ibubapa kta ada peluk ciumlah mereka..abaikan kecaman org..depa bkn taw apa yg kta rasa.

  11. depa kecam sbb awek ni x peluk cium depa niiiโ€ฆlg pulak ltak sora chipmunk tuโ€ฆdh mka comey lg la comey gna sora chipmunk tuu..apapon thniah azira anda seorang anak yg baik dan pnyayang..slagi ibubapa kta ada peluk ciumlah mereka..abaikan kecaman org..depa bkn taw apa yg kta rasa.
    Membalas

  12. Sy pun baru kena mcm ni baru-baru ni.. ade orang cakap ‘dah tua gayut pun peluk bapak lagi tak malu ke .. malu aku tengok ‘

    Sy sound je orang tu.
    Sy ckp haram ke peluk bapak sendiri?

    Orang yang tak faham je pk sampai ke situ. Kite peluk bapak kite. Kite tahu batas kite dengan die. Mase bile kite nak peluk cium bapak kite. Yang bising tu dengki . Mak bapak die xpnah peluk die kot.

    • Bagusss…sound je balik.
      Bg mereka pelajaran yg berguna… Jgn hanya tau peluk cium anak dara org jee.
      ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ 

  13. Saya tak pernah pelok ayah sy. Sebab malu dan xpernah diajar mcm tuh. Dan sekarang sy rindu nak pelok die. Saya jeles ngan azira sbb still dpt pelok ayah die.

    • Takpelah…tu sbb tak prnh ada yg tunjuk ajar.
      Doa jelah moga-moga dipertemukan dalam mimpi…dan berpeluang peluk erat arwah ayah.
      Semua tu x mustahil…sbb selalu jumpa arwah mak & abah dlm mimpi…seronok sgt.
      ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

  14. Kalau masih ada bapak….akak nak peluk dia sekuat2 hati……bila dah kehilangan baru terasa…rasa rindu………bodoh yang mengutuk tu..akak tak nampak apa2 yang salah pun di situ ..rindu apa…..๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

  15. Kalau masih ada bapak….akak nak peluk dia sekuat2 hati……bila dah kehilangan baru terasa…rasa rindu………bodoh yang mengutuk tu..akak tak nampak apa2 yang salah pun di situ ..rindu apak…..๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

  16. Amat rugi kita sbg anak x pernah memeluk n mencium semasa hayat ibu dan bapa masih ada.. Anak yg paling RUGI… Sesungguhnya masih belum terlambat untuk memeluk mereka.. Peluk lah mereka dengan penuh kasih sayang. Sesungguhnya pengorbanan yg mereka lakukan tidak dapat kita balas walaupun bergunug emas diberikan.

  17. Org yg megecam tu… Anak longkang x ada kasih sayang mak pak… Dia x ada mak dan ayah…dan otaknya sempit bila tgk org lain mesra dgn mak bapak masing2…and otak dia focus tang benda lain,sah sah lah org mcm tu ada psikologi gila **x…eiiiii

  18. Peluk bapak sendiri kot….bebal muraqab betol yg mmbantah. Cium awek x salah pulak kan . Ringan2 kat wayang semua tu…nasib malang la kalo dpt suami yg carik salah org je

  19. Assalamualaikum…. Saya sendiri memeluk ke 2 orang tua saya ketika mereka masih hidup.. Dan sekarang anak2 saya yg masing2brumur 29…28 dan 23 tahun.. Setiap kali mereka keluar rumah samada bkerja atau brjalan mereka sentiasa memeluk dan mencium saya umie mereka.. Sbb pahala berganda menunggu…In syaa Allah

    • Wa’alaikumussalaam…

      Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin…
      Bertuahlah dapat anak yg tau kenang jasa ibu bapa mcm tu. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

  20. betul lah.. saya pun bila mak abah semakin tuani semakin kita peluk cium dia..sebab kita takut kita xleh buat lagi nanti.. anak2 dari skrg kita dah ajar macam tu.. pelik ler..mungkin dia memang x biasa and x mesra dengan keluargaโ˜บ๏ธtu ayat mcm tu keluarโ˜บ๏ธ

  21. ntah aku smpi skg plok abh aku tnde kasih syg yg meluap2…..sbb aku rse ms kcik2 kite kne cium ngn mkabh kite bribu2 kli kot….ape slhnye kite plok cium dahi mereka tnda kasih syg kite smentare msh ade….jgn nnt dh xde bru nyesal sbb xpnh wt cenggitu….xckup kasih syg dia ni….pelik sungguh….

  22. aduhai..aku ni dah xde mak n abah..rindu sgt nk pelok mereka..skg ade mak mertua..aku peluk dan cium pipi mereka..sbb mereka pon mesra dengan ank n menantu….terubat sikit rindu tapi tak dapat menandingi pelukan mak n abah kandung sebenar…

  23. aduhai..aku ni dah xde mak n abah..rindu sgt nk pelok mereka..skg ade mak mertua..aku peluk dan cium pipi mereka..sbb mereka pon mesra dengan ank n menantu….terubat sikit rindu tapi tak dapat menandingi pelukan mak n abah kandung sebenar…

  24. peluk n cium mak abah kita sendirikan mgugurkan dosa2 kecil kita ..klau kita tahu betapa rindunya mak abah kita ms kecik dok peluk cium kita hr2 dah tentu kita akan peluk cium dorang hr2 jg..sy yg dh tua ni masih lg peluk cium dorang tiap kali balik kg..& anak2 sy jg akan peluk n cium sblm tido & sblm ke sek..kin yg komen tu xpernah wat kot dgn parents dia..sian ..xpernah merasa dr kecik

  25. Orang yang kecam ni mungkin dah takde mak bapak nak peluk ciom kot. Kesian dia. Positif je la. Aku ni dah 25 tahun still peluk cium mak bapak even kat tempat public sekali pon. Aku tak malu weh. Aku bangga. Sumpah bangga dapat peluk cium syurga sendiri โœŒ

  26. Yg komen gitu tu jahil tapi buat pandai…last sekali tunjukkan kebangangan dan kebodohan sendiri. Otak letak kat lutut. Cakap bodo marah tapi memang bodo pun…wakaka

  27. Aku tgk video ni xder 1 benda pn yg pelik….yg pelik nya org yg kecam… Apa pnya bangang org yg kecam tuu… Yg duk bawa anak dara org naik moto kehulu kehilir xdak plak yg kecam..isshh..x fhm aku..!!

  28. Malah ada yang mendakwa Islam melarang seorang anak gadis yang telah dewasa untuk memeluk ayah kandung sendiri kerana dikhuatiri akan menaikkan nafsu.??

    what?

  29. Manusia nie, makin lama makin pelik2 perangai nye.. cium tgn n pipi mak bapak pun kene sound.. huhuhu so, belajar dr kesilapan.. buat pape jgn tnjuk or upload kt media sosial.. belajar simpan setiap memori utk tontonan sdri n anak cucu nnti.. huhuhu setiap org,, xsama pemikiran dgn kita… sekian๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

  30. Sis dah berumur 40an dan dah berkawen. Ada anak 5 lg. Setiap kali jumpa kedua ibubapa sis akan peluk cium kedua mereka. Xdak yg salah kerana mencium mereka kita dapat pahala. Kelima2 anak sis pun diajar camtu. Kita kena ajar anak2 erti kasihsayang. Kesian kepada yg mengecam sis rasa dia ni kurang kasihsayang . kerana bagi dia bila dah besar x boleh cium ayah nanti bernafsu… Ish ish ish gila ke apa nak nauk nafsu cium makayah kita. Heran betul benda yg mendatangkan pahala dikecam tp benda yg sah sah berdosa dgn gahnya dikatakan diri tu berfikiran moden & mengikut arus zaman..

  31. Betul tu, saya pun bila balik kampung mesti peluk cium ayah dan mak… Bukan setakat masa raya sahja… Cuma time raya feeling tu lain sikit, nk minta ampun zahir batin….biarkn sja org yg tak reti menghargai ibu dan ayah..
    Kasih sayang membawa ke syurga…

  32. Ya Allah! aku tk sngka duh benda ni pun nak kena kecam bagai -.- apa punya pemikiran lah org skrg ni
    aku yg skrg umur 18 pun lebih kurang mcm dia gak… still peluk dn cium ayh sendiri…
    apa salahnya kalo nk bermanja dgn ayah sndiri ? lebih baik kot drpd kau bercium dn berpeluk ngn org yg belum kita khwin…
    sabar jela wak, maybe dia xpernah rasa kot kasih syg mak ayah kita :’) tabahla

  33. Sedih pd yg kecam.tu..saya yg umur dah 37tahun..dah berkahwin..still peluk mama & abah tiap kali jumpa..xkira la masa raya @ bkn..tiap kali jumpa mesti salam cium tangan & cium pipi..xde pun isi naik nafsu ke..sbb mama & abah yg besarkan & didik kita dr kecik..

  34. Teladan yg baguih,seb baik aku dah menikah,kalau dak hang shortlisted dah.cmtu lah anak..peluk cium hang tu lebih berharga dari jam yg hang bagi kt bapak hang tu walau brand rolex skalipon coz harta benda dunia ni sapa2 pon boleh bg hatta bkn dari anak sndiri,umno bleh bg br1m smpai rm1200.tp di mata mak bapak,kasih dari anak2 pd depa xternilai harganya pasaitu doa anak soleh Nabi s.a.w kata mak bapak dlm kuboq pon bleh dpt manfaat..
    Tp geng dajai ni jenih nk bg org celaru,depa gheja nak bg org khosot jaa.hat Nabi suruh depa kata xelok,vice versa. Peluk la keramat hidup kita selagi bulih,sblm kena bungkuih dgn kain kapan.
    xtau sapa dulu,kita or mak bapak kita….
    Silap hang cuma satu,yg p upload sapa suruh.??? Kita sekoq dhla tau,xpyh nk p tnjuk satu dunia..sebab fitnah ni mai dari byk pnjuru..
    …ูƒู„ ุนุงู… ูˆุงู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ

  35. Yang memberi komen negatif mungkin mereka kurang kasih sayang atau dari latar belakang dimana peluk cium dengan ibubapa tidak pernah dibiasakan dari kecil.Peluk dan ciumlah ibubapa sementara mereka masih ada kerana apabila mereka telah pergi selama-lamanya tidaklah meninggalkan kekesalan. Sekadar pandangan peribadi kerana anak-anak kami (sepasang) walaupun telah berumahtangga masih kami dan/atau mereka sendiri memeluk cium siap gigit-gigit pipi lagi..sama seperti mereka masih babies.

  36. Something wrong lah mereka yg mengecam ni. Apa benda pula ‘menaikkan nafsu’?
    Korang memang tinggi nafsu ke? Pandai tak bezakan kasih sayang dengan nafsu? Hah.. tu lah hari-hari tengok wayang biru.

  37. Ya Allah ..alangkah bahagianya dpt memeluk ayah kandung sendiri๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข kita ni pon dari kecik ta tau kemana ayah pergi hidop ke mati..puas cari viral sana sini pon masih belom dpt dikesan.. bersyukur lah yg masih ada ayah kandung..hargailah selagi bernyawa..rindu kasih syg ayah๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

  38. Benda nie pon nak jadi isu?? Zaman sekarang Cium sayang peluk ayah sendiri pon salah?? typical malaysian nowdays,kalau peluk x bole?? maybe korang kena pijak kowtt ayah korang baru proper sikit” bagi yg kecam la jgn semua terasa plak?? siapa makan cili dia rasa pedas.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini