JAKIM seperti berdendam dengan anjing kata Sayuti

2
7536

Kuala Lumpur – Penulis politik, Mohd. Sayuti Omar membidas ‘fatwa’ Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha berhubung isu memegang anjing yang viral baru-baru ini.

Sayuti melalui laman Twitternya turut menyifatkan kenyataan Othman itu sebagai bercelaru dan mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.

“Pandangan Pengarah Jakim mengenai anjing celaru dan mengelirukan. Dia cakap macam kerana dendam kpd anjing bukan mahu menjelaskan isu itu.

“Elok beri pandangan dari segi hukum bukannya adat atau kebiasaan. Analogi yang diberikan juga lemah. Jgn rosakan agama,” katanya.

Othman sebelum ini membidas perbuatan seorang pengguna Facebook Nurhanizah Abdul Rahman yang memuat naik videonya memelihara dan memegang seekor anjing dikenali Bubu.

Menurutnya Nurhafizah perlu segara bertaubat kerana didakwa cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.

Sementara itu peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim turut meminta agar JAKIM segera bertaubat sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai menghina Islam.

Dia turut berkongsi petikan ayat al-Quran yang menyebut anjing sebagai yang dilatih.

“Bertaubatlah Jakim, kamu telah menentang ayat al-Quran,” tulisnya.

Peguam, Syahredzan Johan turut berkongsi pandangan yang sama sambil menegaskan Jakim tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang fatwa berhubung hukum Islam.

Menurut Syahredzan, jabatan tersebut hanya diberi kuasa untuk menegluarkan sijil halal.

Terdahulu Ketua Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Ji Wan Hussin turut menyifatkan pandangan JAKIM berhubung isu tersebut sebagai tidak tepat kerana hukum memegang anjing tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran dan hadis.

“Tiada satu nas dari al-Quran dan hadis (yang) menyatakan haram pegang anjing (dan) tiada satu pandangan ulama muktabar pun yang mengatakan haram pegang anjing,” katanya sebelum ini. – MassaTV

2 KOMEN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini