Dosa ditentukan melalui wahyu, bukan JAKIM kata ‘ulama muda’

1
13293

Kuala Lumpur – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dibidas kerana di katakan mengeluarkan ‘fatwa’ yang tidak betul berhubung isu memegang anjing menurut pandangan Islam.

Menurut Ketua Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Ji Wan Hussin pandangan JAKIM tidak tepat kerana hukum memegang anjing tidak berdosa kerana tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran dan hadis.

“Tiada satu nas dari al-Quran dan hadis (yang) menyatakan haram pegang anjing (dan) tiada satu pandangan ulama muktabar pun yang mengatakan haram pegang anjing.

“Yang ada adalah, mazhab Syafie menyatakan perlu basuh apabila menyentuh atau tersentuh anjing dengan tujuh kali basuh, salah satunya dengan air tanah.

“Saya kira, mendesak agar bertaubat itu tidak tepat, kerana ia tidak melibatkan kepada dosa langsung (kerana) dosa ditentukan oleh wahyu, bukan JAKIM,” katanya melalui satu kenyataan di Facebook.

Tidak cukup dengan itu Wan Ji yang juga merupakan penceramah bebas turut dilihat menyerang JAKIM berhubung isu janggut.

“Syafie anggap cukur hanggut adalah haram: Ibn Hajar al-Haitami menyatakan bahawa al-syafie menyatakan dalam al-Umm bahawa cukur janggut adalah haram. [Ibn Hajar, tuhfatul Muhtaj, jilid 9, halaman 376,” tulisnya sambil memuat naik gambar Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha yang tidak berjanggut.

Sementara itu tinjauan MassaTV yang dilakukan diruangan komen mendapati, rata-rata kenalannya dilihat ‘seolah-olah’ mentertawakan Othman sambil menyifatkan Ketua Pengarah JAKIM itu sebagai Wahabi dan kurang ilmu.

Serangan terhadap isu ini ekoran kenyataan Othman perbuatan seorang pengguna Facebook Nurhanizah Abdul Rahman yang memuat naik videonya memelihara dan memegang seekor anjing dikenali Bubu.

Nurhafizah digesa segara untuk bertaubat kerana didakwa cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam. – MassaTV

1 komen

  1. Inilah Tanduk Syaitan Wahabi. Apakah Tanduk Syaitan – Puak yang mengaku dirinya lebih benar, lebih baik, lebih alim, lebih tahu dari Allah yang perkataannya dalam agama kelihatan benar tetapi hakikatnya batil. Nabi sendiri memerintah Para sahabat membunuh segera species tanduk syaitan seperti ini kerana Tanduk Syaitan inilah yang akan memecah belah umat Islam dengan menentang semua ilmu yang disampaikan oleh Para Ulama. Tanduk Syaitan ini sifatnya sangat bertentangan dengan akhlak kaum mukminin seperti disebut dalam Al Quran Surah Al Hujuraat ayat 11. Tanduk Syaitan ini suka menentang dan mencela Para Ulama, sangat keras suka mencela terhadap orang mukmin tetapi sangat lemah lembut dan sangat bertolerensi dengan kaum kafir. Malah kaum Tanduk Syaitan ini juga yang akan bersekongkol dengan kaum kafir memerangi Ulama dan umat Islam seperti yang telah Nabi peringatkan dahulu.

    Lihatlah sendiri bukankan Allah sendiri memerintahkan sebahagian kecil sahaja umat Islam yang menggali ilmu iaitu Para Ulama untuk disampaikan kepada kelompok masing-masing (seperti kelompok Mazhab As Syafiee sebagaimana perintah Allah dalam Al Quran ini Betapa sombong dan bongkaknya puak golongan muda yang pernah Rasulullah peringatkan dan beri amaran bahwa inilah puak muda (Khawarij) yang dengan sombong dan bongkaknya MENDAKWA DIRINYA PALING PANDAI, PALING BENAR, PALING BETUL DARIPADA PARA ULAMA YANG SUDAH BERPULOH-PULOH TAHUN MENGALI ILMU AGAMA MELALUI KAUM SALAF.

    Terjemahan Al Qur’an kebahasa Melayu.
    Artinya: “hendaklah ada sekelompok dari orang-orang yang beriman yang mendalami masalah-masalah agama untuk memberikan peringatan kepada kaumnya”. (Qs. At Taubah: 122)

    Terjemahan Al Qur’an ke bahasa Melayu.
    Artinya: ” maka hendaklah kalian bertanya kepada Ahli Dzikir (para ulama) jika memang kalian tidak tahu”. (Qs. An Nahl: 43).

    TETAPI DIBANTAH PULA OLEH PUAK TANDUK SYAITAN INI DENGAN MENYANGGAH PERINTAH ALLAH SENDIRI DENGAN MENDAKWA HANYA DIRINYA SAHAJA PALING BETUL DAN LEBIH BENAR. TANDUK SYAITAN MALAH MENYANGGAH SIFAT ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI YANG TELAH MENGINGATKAN TIDAK ADA MANUSIA YANG LEBIH BENAR DAN TAHU DARIPADA ALLAH SENDIRI. PADAHAL ALLAH DAH PERINGATKAN KEMBALILAH KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH HANYA KEPADA ALLAH KERANA SEMUA NYA HANYA ALLAH YANG MAHA TAHU. BUKAN MANUSIA BONGKAK DAN SOMBONG SEPERTI PUAK MUDA YANG SUKA MENYANGGAH ULAMA SALAF IMAM-IMAM MAZHAB.

    Terjemahan Al Quran ke Bahasa Melayu
    3:7 Dialah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
    (A-li’Imraan 3:7)

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini