Bomba selamatkan lelaki cuba bunuh diri di Sabah

0
41

Tuaran – Cubaan seorang lelaki membunuh diri gagal selepas anggota bomba dan polis di sini bergabung menyelamatkan mangsa.

Anggota Bomba dan Penyelamat Tuaran menolak masuk pemuda, 26, yang berdiri di tingkap rumah, aras tiga flat di taman perumahan Telipok Ria.

Ketua balai bomba dan penyelamat Tuaran Asnan Led berkata anggotanya terpaksa naik ke tingkat empat kerana pintu rumah lelaki itu berkunci.

“Dengan menggunakan teknik tali anggota bomba berkenaan turun lalu terus menolak mangsa yang sedang berdiri di tingkap masuk ke dalam rumah,” katanya.

Sementara pasukan penyelamat yang lain serta polis pula segera merempuh pintu rumahnya sebelum lelaki itu bertindak lebih agresif.

Insiden 5 pagi itu berakhir kira-kira dua jam kemudian dan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini