Bela anjing sebagai binatang peliharaan tidak haram kata ‘ulama muda’

4
21143

Kuala Lumpur – Ketua Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Ji Wan Hussin menegaskan tidak haram untuk umat Islam membela anjing di rumah sebagai haiwan peliharaan.

Menurut beliau, terdapat fatwa iaitu tidak meletakkan perbuatan memelihara anjing selain untuk tujuan berburu dan penjagaan sebagai haram, sebaliknya sekadar makruh sahaja.

Wan Ji yang juga merupakan penceramah bebas berkata sebilangan ulama menyatakan larangan itu mencegah malaikat masuk dalam rumah dan sebilangan lain kerana ia boleh mengganggu jiran tetangga.

Manakala, sebilangan yang lain menyatakan bahawa sebilangan anjing itu adalah syaitan dan anjing di dalam rumah akan memungkinkan jilatan anjing itu terkena pada bekas makanan.

“Jika larangan itu menjadi haram, ekoran malaikat tidak masuk rumah, sudah pasti memasukkan televisyen dan gambar juga dikira sebagai haram.

“Jika dikatakan larangan itu kerana ia boleh menggangu jiran tetangga, sudah pasti larangan itu bukan hukum lizatih iaitu keharaman pada membela anjing, tetapi larangan itu pada faktor lighairih iaitu berfaktorkan kebisingan.

“Dengan maksud, jika tidak membawa kepada bising, atau duduk dalam rumah yang punyai halangan suara dari sampai ke rumah orang lain, maka ia tidak menjadi haram,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Wan Ji turut berkata, jika dikatakan larangan itu kerana sebilangan anjing adalah syaitan, maka sudah pasti wujud ada anjing yang tidak syaitan.

“Ini kerana definisi syaitan adalah setiap yang jahat tidak kira ia dari kalangan mana pun,” katanya.

Isu berkenaan umat Islam membela anjing timbul apabila eorang pengguna Facebook, Nurhanizah Abdul Rahman memuat naik rakaman dirinya memeluk dan mencium seekor anjing yang dikenali sebagai Bubu di laman sosial.

“Janganlah guna alasan agama untuk membenci makluk ini sebab agama mengajar kita untuk bersihat ihsan (kasih-sayang) dan bukan untuk membenci,” katanya melalui rakaman video berkenaan.

Ekoran kenyataan tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesa agar Nurhahizah bertaubat kerana didakwa cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.

4 KOMEN

  1. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

    ِالسلام عليكم ورحمة الله وبر كا ته

    Selawat dan salam buat Rasulullah SAW…
    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    *Memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan*

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – – “مَنِ اتَّخَذَ كَلْباً, إِلَّا كَلْبَ مَاشِيَةٍ, أَوْ صَيْدٍ, أَوْ زَرْعٍ, اِنْتَقَصَ مِنْ أَجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ” – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

    Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, *“Barangsiapa memanfaatkan anjing selain untuk menjaga hewan ternak, untuk berburu, maka pahalanya berkurang setiap harinya satu qiroth.”*
    Muttafaqun ‘alaih. (HR. Bukhari 2322 dan Muslim no. 58, 1575).

    *Apa maksud hadith ni?*
    *Sesiapa (tak kira siapa) yg dia nak bela anjing SELAIN dari 2 sebab samada utk tujuan berburu atau digunakan bertujuan utk menjaga haiwan ternakan maka pahala dia akan hilang (dihapuskan) tiap2 hari sebanyak 1qiroth (nauzubillahi minzalik).*
    _Di dalam riwayat hadith yg lain mengatakan 2 qiroth._

    *Jadi sapa2 yg berkeinginan utk bela anjing untuk jadikan ia sbg pet(haiwan kesayangan) maka dia akan menempah kehilangan pahala setiap hari sebanyak 1 @ 2 qiroth (jumlah yg amat besar)*

    _1 qiroth = 1 Bukit hud_

    Wallahu’alam

    • Dah nama anjing dan babi binatang yang haram disentuh.kenapa la nk dijadikan isu nk mndekati 2 jenis haiwan ini.punyala berjuta jenis haiwan, anjing juga nk dibelanya.ape mslh umat islam malaysia skrg ini.dari kecil kita diajar jgn mendekati anjing, da besar ada pula ckp tidak mengapa pegang anjing dlm keadaan kering, ini pula kes tidak mengapa membela anjing sbg binatang ksyngn..nti dikemudian hari, tidak mengapa mkn daging anjing..
      Jgn memeningkan umat islam dgn hal2 remeh begini.
      Kan lebih elok dijauhkan, knp mesti perlu nk dicuba2 ataw nk dicari alasan untuk meringankn larangan ataw hukum agama.
      Itula terjadi jika iman lemah seperti wanita ini..kepada ulama muda ini pula tidak perlu dihujahkan ada kelonggaran dlm isu ini, kami ini ilmu tidak tinggi, takot2 nanti terkeliru dgn kenyataan dan hujah2 sebegini.bagi kami cukuplah dgn pengetahuan..anjing dan babi haram disentuh..cukup..
      Alahai manusia…..

  2. Inilah bijak pandai yang belajar ilmu agama tapi tidak mengamalkan dan memanfaatkannya kejalan yang benar. Pernah ada ke dizaman Rasullullah SAW, umat islam memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan? Tak ada dalam apa² catitan sejarah pun menyatakan kisah anjing dibenarkan dipelihara sebagai haiwan kesayangan. Jadi pendapat ulama muda tersebut adalah bida’ah dan ianya adalah tertolak sepertimana yang disabdakan Baginda Rasullullah SAW

    Hadits 1
    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

    مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

    “Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

    Hadits 2
    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

    مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

    “Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari kami, maka amalan tersebut tertolak” (HR. Muslim no. 1718)

    Hadits 3
    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam setiap memulai khutbah biasanya beliau mengucapkan,

    أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

    “Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan” (HR. Muslim no. 867)

    Kepada ulama muda tersebut, berdalillah dengan hikmah kebijaksanaan. Waullahualam

  3. Ikut lah kitab Allah yg terakhir yg serba lengkap.. usah menambah2 seperti mana kaum Bani Israel dan Nasara telah lakukan terhadap kitab2 terdahulu.. itu lah jalan yang lurus untuk kita bentuk tamaddun manusia yg hebat dan sejahtera..

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini