Suspek jual hasil curi di Facebook ditangkap

0
29

Miri – Polis percaya berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di Bintulu berikutan tangkapan dua suspek lelaki rakyat tempatan di sebuah stesen minyak di Medan Jaya, Bintulu pada 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 29 tahun itu dipercayai terlibat dalam lima kes pecah rumah di kawasan perumahan MNLG Kidurong, Bintulu dengan seorang daripada suspek akan menjual hasil barangan dicuri melalui Facebook.

“Seorang lagi suspek akan menjual barangan curi di kedai menjual telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zailanni berkata polis turut merampas pelbagai barangan yang dimiliki suspek antaranya sebuah kereta, sebuah motosikal, komputer riba, lima telefon bimbit pelbagai jenis, tablet dan dua kamera.

“Suspek menjalankan aktiviti pada sebelah malam dengan menjadikan rumah yang ditinggalkan kosong sebagai sasaran,” katanya dan menambah permohonan reman akan dibuat hari ini.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini