Skuad Tok Gajah gagal berkasi cemerlang di gelanggang sendiri

0
15

Kuantan – Serba tidak menjadi, itulah yang dapat disimpulkan dengan corak permainan yang ditunjukkan skuad Tok Gajah ketika menentang pasukan Negeri Sembilan di gelanggang sendiri malam tadi.

Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata corak permainan yang ditunjukkan oleh anak buanya terlalu longgar terutama ketika perlawanan mula memasuki separuh masa pertama perlawanan.

“Hari ini memang tak menjadi dalam separuh masa pertama khasnya nampak ketara sangat kita tidak bermain pada tahap sebenar.

“Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ini, walaupun kita cuba bangkit pada separuh masa kedua tahap yang ditunjukkan oleh pasukan Pahang masih belum mencapai tahap sebenar mereka,” katanya ketika ditemui selepas seri 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu.

Katanya, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak buahnya, sebaliknya mereka mempamerkan aksi seolah-olah mereka bermain di gelanggang lawan.

Walaupun mengakui banyak kesilapan mudah yang banyak dilakukan pemain Pahang, Dollah tetap bersyukur dengan keputusan seri pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia itu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan Mohd Asri Ninggal berkata anak buahnya mempamerkan aksi cemerlang dengan mengikuti strategi yang telah diatur.

“Saya rasa satu mata di sini merupakan pencapaian yang baik terutama bermain di gelanggang lawan dan kita tahu Pahang merupakan satu pasukan yang baik,” katanya.

Beliau berpuas hati dengan komitmen 100 peratus yang ditunjukkan oleh pemainnya di samping strategi bertahan yang dilaksanakan pasukan itu berjaya mengekang Pahang daripada mengutip mata penuh.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini