Pecah pintu balai polis, lelaki mabuk dipenjara setahun

0
22

Ipoh – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara setahun oleh mahkamah majistret di sini hari ini atas tuduhan memecahkan pintu utama pejabat pertanyaan balai polis Tanjung Rambutan.

Tertuduh P Sivam, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar dan mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 29 Jun lalu.

Sivam didakwa melakukan khianat dengan memecahkan pintu utama premis milik kerajaan yang menyebabkan kerugian lebih kurang RM500 di balai polis berkenaan kira-kira 10.15 malam, 29 Jun lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh dalam keadaan mabuk berlari memasuki perkarangan balai polis dan secara tiba-tiba merempuh pintu kaca pejabat pertanyaan itu sehingga pecah.

Tertuduh yang diwakili Chiang Mei Wan dari Yayasan Biro Guaman Kebangsaan memohon agar anak guamnnya dikenakan hukuman ringan kerana dia mempunyai enam orang anak selain menginsafi kesilapannya.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Naidatul Athirah Azman.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini