Nash, Hattan tunai haji Ogosoo depan

0
22

Dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Datuk Hattan dan Datuk Nash dilaporkan bakal mengerjakan ibadah Haji dan dijangka berangkat ke Makkah menerusi penerbangan terakhir ke Jeddah pada 24 Ogos depan.

Hattan dan Nash melahirkan rasa syukur dan tidak menyangka terpilih untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Ini kerana, kedua-dua mereka sentiasa berdoa untuk dipanggil mengerjakan ibadah itu dan peluang itu disifatkan sebagai mimpi menjadi kenyataan.

“Jika ditanya kepada sesiapa pun pilihan sama ada ingin ke London atau mengerjakan Haji, sudah tentu kita akan pilih buat Haji.

“Makkah dan Madinah adalah tempat paling dirindui dan izin-Nya, Insya-Allah dapat kami mengerjakan Haji tahun ini dan ia adalah impian saya,” kata Nash.

Seperti kebanyakan jemaah lain, Nash berharap pemergiannya nanti dipermudahkan dan dapat melakukan ibadah dengan sempurna.

Sementara itu, Hattan pula memberitahu dia sanggup menolak tawaran mengadakan persembahan pada acara penutup Sukan Sea 2017 kerana tidak mahu terlepas peluang untuk mengerjakan ibadah Haji.

Nash dan Hattan memberitahu pemergian mereka ke Tanah Suci tidak ditemani ahli keluarga.

Mereka turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua kaum keluarga, peminat dan semua kenalan sekiranya ada kesalahan pernah dilakukannya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini