Malaysia Ranking Ke-29 Paling Bahagia Di Dunia

0
27

“Betulkah rakyat Malaysia tidak gembira dan hidup dalam suasana kecewa dan tertekan?” Persoalan berkenaan dijawab sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Mengulas propaganda mengatakan rakyat negara tidak lagi gembira dibawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disebabkan pelaksanaan GST, rasuah dan sebagainya, Salleh berkata laporan World Happiness Report 2017 menyatakan sebaliknya.

“Dalam laporan ini, kegembiraan rakyat Malaysia adalah di tangga 42 daripada 155 buah negara, jauh lebih baik dari negara Asean lainnya kecuali Singapura (26) dan Thailand (32),” tulisnya dipetik blog beliau.

Kegembiraan rakyat sesebuah negara kata Salleh diukur menggunakan lapan (8) indikator teramsuk pendapatan GDP per kapita rakyat, sokongan sosial kerajaan, jangka hidup rakyat.

Kebebasan rakyat untuk membuat pilihan hidup, sikap kemurahan hati rakyat, kadar salah laku rasuah, tahap keyakinan rakyat dan sikap kemanusiaan rakyat.

“Bagi negara Asean lainnya, Filipina berada di tangga 72, Indonesia (81), Vietnam (94), Myanmar (114), dan Kemboja (129). Malah bagi negara maju, Poland berada di tangga 46, Itali (48), Rusia (49), Korea Selatan (55), dan Hong Kong (71).

“Tidakkah data ini menunjukkan tahap kegembiraan dan kesejahteraan hidup rakyat bukanlah seperti yang digambarkan oleh parti pembangkang? Inilah yang saya katakan betapa selama ini parti pembangkang memfitnah tentang kejayaan yang dicapai oleh negara kita,” ujarnya.

Sementara keamanan Malaysia adalah antara yang tertinggi dalam kalangan 163 negara seluruh dunia, di kedudukan ke-29, menurut Global Peace Index (GPI) 2017.

GPI diukur menggunakan 22 faktor meliputi aspek keganansan terroisme, kematian disebabkan konflik, hubungan bersama negara jiran dan indikator-indikator lain.

“Indeks ini juga meletakkan Malaysia sebagai negara kelima paling aman di rantau Asia Pasifik selepas New Zealand, Australia, Jepun dan Singapura.

“Kedudukan Malaysia ini lebih baik dari negara anggota Asean lainnya. Misalnya, Laos berada di tangga 48, Indonesia (52), Vietnam (59), Kemboja (89), Myanmar (104), Thailand (120), dan Filipina (138),” ujarnya.

Tambah Salleh lagi, Malaysia masih mempunyai ruang yang untuk diperbaiki untuk menjadi dalam kalangan negara terbaik, namun usaha berkenaan disabotaj apabila pembangkang menyatakan Malaysia lemah dan merudum jatuh ke belakang.

“Tidakkah data ini menunjukkan tahap kegembiraan dan kesejahteraan hidup rakyat bukanlah seperti yang digambarkan oleh parti pembangkang? Inilah yang saya katakan betapa selama ini parti pembangkang memfitnah tentang kejayaan yang dicapai oleh negara kita,” katanya lagi.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini