JAKIM gesa gadis Melayu bela anjing bertaubat

0
2044

Kuala Lumpur – Seorang wanita bertudung digesa agar bertaubat kerana sengaja memeluk anjing tanpa alasan munasabah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata perbuatan itu menimbulkan keresahan umat Islam kerana bercanggah dengan mazhab Syafie dan adat di sini.

“Jakim amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam,” kata ketua pengarahnya.

“[Tindakan] ini menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘uruf [kebiasaan], adat di Malaysia.” katanya.

Tan Sri Othman Mustapha berkata menurut mazhab tersebut, umat Islam dilarang sengaja menyentuh anjing kerana menajiskan diri tanpa tujuan munasabah.

“[…] dalam mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan.

“Justeru, Jakim berharap individu tersebut perlu segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah,” ujarnya pula.

Beliau mengulas rakaman video seorang wanita yang menceritakan anjing peliharaannya bernama Bubu dalam Facebook pada 1 Julai lalu.

Tambahnya, perbuatan wanita itu “seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.”

Othman juga menjelaskan Islam “tidak memandang keji” kepada anjing dan oleh itu dilarang menyeksa, memukul dan membunuhnya tanpa sebab.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini