Hina Agong, PDRM tahan ‘Catt Ginger’

0
3302

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sudah menahan individu yang bersikap biadab menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman Facebook pada 25 Jun lalu.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, individu yang menggunakan nama ‘Catt Ginger’ pada akaun Facebook miliknya ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

“Syabas JSJ KL @PDRMsia berjaya tangkap ‘Catt Ginger’ yang menghina KDYMM YDP Agong. #GoPDRMGo,” demikian menurut Khalid dalam catatan di laman Twitternya, pagi tadi.

Terdahulu netizen menggesa supaya polis menyiasat dan menangkap individu berkenaan selepas memuat naik ‘posting’ berunsur penghinaan terhadap Sultan Muhammad V.

Catt Ginger bertindak kurang ajar dengan memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang telah disunting pada bahagian hidung seolah menyerupai hidung khinzir.

Gambar terbabit disertakan di ruangan komen dipercayai di laman sosial bersama catatan, “Selamat Hari Raya” pada hari pertama umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tindakan individu terbabit mendapat kecaman orang ramai termasuk bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan yang menggesa tindakan segera diambil ke atas pemilik akaun Facebook itu.

Jadi, syabas kepada PDRM kerana bertindak pantas dan berjaya menangkap individu itu.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini