Pengetua mati dalam kereta, lepas ronda sekolah

0
65

Teluk Intan – Pengetua Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ditemui mati di dalam keretanya selepas meronda kawasan sekolah pagi semalam.

Hamzani Suien, 46, ditemui dalam keretanya yang diparkir di depan blok asrama lelaki oleh pengawal keselamatan pada 5 pagi.

Isterinya Rusnani Abdul Razak berkata pengawal itu memaklumkan bahawa pendidik itu ada mengadu kepenatan sebelum memasuki kenderaannya.

“Melihat kereta suami saya yang tidak bergerak walau enjin telah dihidupkan dalam tempoh agak lama, menyebabkan pengawal berkenaan curiga.

“Dia kemudian menghampiri kenderaan tersebut untuk memeriksanya dan terkejut melihat suami saya sudah tidak bernyawa,” katanya.

Rusnani berkata suaminya yang dinaikkan pangkat dan bertugas sejak 2 April tiada penyakit kronik tetapi mengadu sakit kepala dan kepenatan akhir-akhir ini.

Ketua polis daerah Teluk Intan ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata Hamzani meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kematian bekas penolong kanan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor itu dikelaskan sebagai mati mengejut.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini