Curi gelang emas, orang gaji Aliff Syukri didakwa di mahkamah

0
35

Selayang – Bekas pembantu rumah usahawan kosmetik D’Herbs Holdings Datuk Aliff Syukri Kamarzaman didakwa di mahkamah hari ini.

Wanita Indonesia itu dituduh mencuri tiga utas gelang emas bernilai RM1,509.14 bulan lalu, lapor Berita Harian.

Sundari, 40, dituduh mencuri barang kemas isteri usahawan itu Nur Shahida Mohd Rashid, 32, di rumahnya di Kampung Damai Kuang jam 4 pagi 18 Jun lalu.

Pembantu rumah itu mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Julai ini sebagai sebutan kes.

Datuk Aliff Syukri sebelum ini membuat laporan di balai polis Sungai Buloh dan membuat rakaman video “siasatannya” dengan tertuduh 18 Jun lalu.

Dalam rakaman itu, yang menular di media sosial, wanita itu mengaku mencuri dan memohon maaf.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini