Konsert Adele Batal : Peminat tidak dapat bayaran balik tiket kapal terbang, hotel

0
342

Peminat Adele dari luar negara atau luar bandar kecewa kerana telah berbelanja kos perjalanan dan penginapan untuk ke London.

Dengan pembatalan dua konsert terakhir Adele di London, peminat-peminat tegar menyuarakan kekecawaan mereka selepas berbelanja besar untuk kos perjalanan dan penginapan.

Dalam satu kenyataan, Adele memberitahu bahawa jika persembahan di Stadium Wembley yang dibatalkan itu tidak dijadualkan semula, peminat boleh menuntut bayaran balik.

Namun, peminat penyanyi Hello itu tertanya-tanya jika pihak hotel, penerbangan, kereta api atau bas ekspres boleh memberi bayaran balik.

Adele telah membatalkan dua persembahan terakhir dalam siri konsert jelajahnya di Stadium Wembley berikutan masalah vokal.

Adele, 29 tahun, telah berjumpa doktor pada Jumaat dan dinasihatkan agar tidak meneruskan persembahan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini