Ringgit kukuh pada bulan Mei

0
37

Kuala Lumpur – Aliran masuk dana bukan pemastautin yang berterusan ke dalam pasaran kewangan Malaysia berjumlah RM12.1 bilion telah mendorong ringgit mengekalkan prestasi terbaik dalam rantau pada bulan Mei.

Ringgit menambah nilai sebanyak 1.7 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat.

Dalam sorotan bulan Mei 2017, Bank Negara Malaysia berkata, pasaran ekuiti juga menerima aliran masuk dana bukan pemastautin pada bulan Mei berjumlah RM2.0 bilion.

Sentimen disokong oleh pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama tahun 2017 dan prospek ringgit yang bertambah baik.

Aliran masuk dana bukan pemastautin ke dalam pasaran bon kerajaan berjumlah RM9.0 bilion pada bulan Mei, iaitu peningkatan untuk dua bulan berturut-turut.

Hasilnya, kadar hasil MGS 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun, masing-masing berkurang 4, 13 dan 17 mata asas.

Pada masa sama, inflasi keseluruhan menurun kepada 3.9 peratus (April: 4.4 peratus) dipacu oleh harga bahan api yang lebih rendah pada bulan itu.

Mudah tunai dalam sistem perbankan kekal menyokong aktiviti pembiayaan bank-bank.

Agregat lebihan mudah tunai yang ditempatkan di Bank Negara Malaysia berjumlah RM179.2 bilion.

Tambah Bank Pusat, semua bank turut mengekalkan Nisbah Perlindungan Mudah Tunai melebihi keperluan pengawalseliaan untuk menampung aliran keluar tunai yang tidak dijangka atau kejutan mudah tunai yang teruk.

Rizab antarabangsa meningkat dengan stabil pada tahun 2017.

Pada 15 Jun 2017, jumlah rizab antarabangsa memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh, jauh lebih tinggi daripada nilai ambang antarabangsa 3 bulandan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini