Jangan guna alasan agama untuk benci anjing kata Nurhanizah (Video)

0
3179

Kuala Lumpur – Masyarakt di negara ini khususnya bangsa Melayu digesa agar tidak terlalu membenci mana-mana individu yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan.

Menurut Nurhanizah Abdul Rahman, agama Islam tidak pernah meminta para penganutnya untuk membenci binatang tersebut sebaliknya ia mengajar untuk saling sayang menyayang antara satu sama lain.

“Pesanan saya kalau boleh (masyarakat) jangan terus membenci dan menghukum anjing ni dan kalau boleh bukakan hati kita untuk mengenali anjing sebelum kita nka menghukum dia.

“Dan janganlah mengunakan alasan agama (Islam) untuk membenci makluk ini sebab agama mengajar kita untuk bersihat ihsan (kasih-sayang) dan bukan untuk membenci,” katanya melalui satu klip video yang dimuatnaik di laman Facebook.

Melalui klip video berdurasi 3:30 minit yang dimuatnaik laman Facebook Metafoora Anafora semalam, Nurhanizah berkata dia terpaksa membawa haiwan peliharaannya itu berjalan pada sebelah malam kerana sikap masyarakat (Melayu) yang tidak menyukai anjing.

“Bubu ni suka (berjalan) biasalah anjingkan, jadi saya akan bawa dia jalan-jalan setiap hari keliling taman (untuk) bagi dia bersosial dengan anjing-anjing lain.

“Tapi (saya) memang bawa dia pada sebelah malam sebab kalau (bawa) waktu siang (takut) nanti orang lain (masyarakat sekeliling) tengok sebab mereka kat sini tak berapa suka dengan anjing,” katanya lagi.

Nurhanizah turut mendakwa mereka yang marah itu pernah mencuba untuk meracun anjing kesayangannya itu malah ada sanggup meletakkan najis di halaman rumahnya.

“Memang banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya (selepas menjadikan anjing ini sebagai haiwan peliharaan) antaranya saya kena bersedia dalam menghadapi apa juga (tentangan).

“Pernah ada orang baling makanan beracun dan meletakkan najis kat rumah kami, (semua itu)… ada juga yang pandang serong dan mengeluarkan kata-kata kesat (namun) ia mengajar saya untuk lebih bersabar.

“Sebab bila orang (masyarakat) tengok kita bawa anjing, mereka tak suka sebab benda ini bukan satu kebiasaan bagi orang Melayu,” luahnya lagi.

Sementara itu tinajuan MassaTV di ruangan komen mendapati, rata-rata menyifatkan tindakan Nurhanizah itu jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

“Rajin hang samak 5x shri ble nk solat ye kak??org xbenci anjing.sp yg hina anjing?..tapi anjing ni kte xleh pegang..najis berat…hang mase skolah dlu tak belajar agama ke,” soal Mior Hafiz Azri.

“Akak yg sbenarnya tak faham,..Kak org islam tak benci anjing..tp dlm agama ada larangan berkenanaan anjing..klau org islam benci anjing dh lama kt malaysia atau mna2 ngara islam hapuskn anjing..niat tak menghalalkkn cara kak..kena ingat tu,” ujar Typon Black.

“Mak aiii siap bole jilat bagai..xtau laa kak pemahaman awak cmner…nk kata x skolah mustahil..entahlaaa…zaman dlu2 mmg de org melayu islam bela anjing,zaman skang pun de kot tapi org letak sebagai penjaga ladang,tanaman kebun or uma je bukan buat pets cm awak kak..kencing berak,tu haa mndi kan anjing tu..tau ke x kak,bersentuhan keadaan sme3 basah tu najis kak..najis besar kak..ari2 samak ye kak??emm..xde org pun bnci anjing kak oooiii..elok je tgk anjing dok berkeliaran sne sni xde pulak nmpak org pukul ke ape..cme kte sbg org islam de batasnye..cukuplaa sekadar bagi makan je xyah laa bela smpai dlm uma kak ooooiii..lantak awaklaa kak,” tegas Nurul Mazlan pula. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini