Anak dikecam, ziarah pusara ayah diperkuburan Kristian

0
5729

Kuala Lumpur – Seorang lelaki melahirkan rasa kesal dengan sikap segelitir masyarakat yang gemar menghina dan menjatuhkan hukum kepada sesorang tanpa mengetahui kisah disebenar.

Putra Rayyan Firdaus Marcellus melalui catatan di Facebook berkata, dia sering menerima kecaman hanya kerana mempunyai seorang ayah yang beragama Kristian.

“Walau apa pun (orang kata) aku tak kisah apa jua kecaman oang luar, dia adalah ayah aku, insan yang membesarkan dan melindungi aku dari kecil. Walau berlainan agama namun kami tetap satu.

“Dia juga insan yang banyak mendorong aku mengasihi aku, yang mengata (mereka) tidak berada dalam situasi aku, walau apa terjadi kasih dan sayang aku tak pernah berubah. Missed u so much dad,” ujarnya.

Terdahulu Rayyan yang berasal dari Tenom, Sabah memuatnaik gambar menziarahi pusara ayahnya di perkuburan Kristian sambil menitiskan airmata kerinduan.

“Hanya sempat ziarah pusara ayah pada raya ketiga, hanya airmata kerinduan untuk ayah (yang berada) nun jauh d sana,” ujarnya lagi.

Tinjaun MassaTV di ruangan komen mendapati, majoriti penguna Facebook menyokong tindakan Rayyan itu sambil menyifatkan mereka yang mengecam itu sebagai jahil agama.

“Terbaik, walaupun agama berlainan tapi jangan lupa tempat asal kita terutamanya orang tua kita, adik beradik kita & saudara mara kita,” kata Su Mee Lee Nurain Natasha.

“Bro Rayyan adalah anak yang baik, kasih sayang seorang anak dan org tuanya tiada noktahnya walau berbeza agama,” ujar Azrand Az Coppola.

“Mengiratkan silaturahim itu adalah diredhai Allah (manakala) memutuskn silaturahim adalah di benci Allah. Islam mengajar pada kebaikan dan niat yang baik. Al-fatihah, Selamat hari raya bro,” tegas Maliques Dulamit pula.

Sehingga kini catatan Rayyan itu telah dikongsi sehingga 965 pengguna dan menerima 4.1 ribu tanda ‘Like’. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini