Tun Mahathir lawat lokasi tragedi kebakaran Grenfell Tower di London

0
35

Kuala Lumpur – Ramai sedia maklum Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Aidilfitri bersama anak dan cucunya di London tahun ini.

Dalam kesibukannya menyambut 1 Syawal, bekas perdana menteri ini sempat juga meluangkan masa melawat lokasi tragedi kebakaran Grenfell Tower.

Dr Mahathir dilihat sempat mengambil beberapa keping gambar di lokasi yang meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa, malahan ratusan masih hilang dan dikategorikan sebagai maut akibat kejadian pada bulan Ramadan itu.

Namun tidak dapat dipastikan bila dan dengan siapa beliau melakukan kunjungan tersebut.

Pada 15 Jun lalu, penyanyi terkenal Adele turut melawat lokasi yang sama sebagai memberi penghormatan kepada mangsa tragedi.

Pada 25 Jun, foto bekas Presiden Umno itu menyambut Aidilfitri di Yayasan Sofa College, Acton bersama masyarakat tempatan dan rakyat Malaysia menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, Dr Mahathir dan ahli keluarganya terbang ke London beberapa hari sebelum berakhirnya Ramadan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini