Robot ‘Star Wars R2-D2 bernilai RM2 juta

0
26

Los Angeles – Selepas beberapa kali beraksi dalam filem Star Wars, robot R2-D2 telah dilelong pada harga hampir AS$3 juta (RM12.02 juta).

Sebuah agensi lelongan di Los Angeles dalam katalog profil sejarahnya berkata, robot itu dipasang daripada bahagian yang digunakan dalam tiga filem Star Wars.

R2-D2 digunakan untuk filem itu di antara 1977 dan 1983 dan dua filem di antara 1999 dan 2005.

Watak setinggi 109 sentimeter itu sebahagian besarnya dilakonkan aktor Inggeris, Kenny Baker yang juga seorang pelawak.

Difahamkan, robot yang dijual itu mempunyai alat mekanikal dalaman dan bahagian luarnya diperbuat daripada aluminium, besi dan gentian kaca.

Pembeli yang enggan dikenali itu membayar AS$2.76 juta (RM11.85 juta) untuk robot itu, menjadikan ia lelongan termahal dalam sesi tiga hari membabitkan peralatan lakonan Hollywood termasuk banyak alat lakonan lain daripada syarikat Lucasfilm, dengan lelongan keseluruhan berjumlah AS$14 juta (RM60.11 juta).

Pedang cahaya Skywalker daripada dua filem pertama, ‘A New Hope’ dan ‘The Empire Strikes Back’ berjaya dilelong pada harga AS$450,000 (RM1.93 juta), sementara topeng Darth Vader daripada filem asal dijual pada harga AS$96,000 (RM412,000). – AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini