Ramai musuh politik Mahathir dihumban ke penjara kata Salleh

0
36

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya lupa bahawa beliau telah menahan dan memenjarakan mereka yang menentangnya sewaktu beliau menerajui negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam catatan menerusi blog sskeruak.blogspot.com, semalam.

“Dari 1998 hingga 2001, Dr Mahathir menahan banyak pihak yang menentangnya dan beliau menggunakan penahanan tanpa undang-undang perbicaraan untuk menahan mereka yang beliau tidak dapat dakwa di mahkamah,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengenakan tindakan keras terhadap pembangkang dan aktivis menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sebelum pertengahan tahun 2018.

Dr Mahathir dalam blog chedet.cc/ hari ini berkata terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang yang akan mengakibatkan pakatan pembangkang menjadi kucar-kacir.

Salleh berkata dakwaan bekas perdana menteri itu terhadap Najib langsung tidak masuk akal dan tidak berasas.

Hakikatnya, kata beliau, Human Rights Watch menyatakan pada 1999, 2000, 2001, 2002, dan sebagainya bahawa Malaysia di bawah Dr Mahathir adalah negara polis dan Dr Mahathir sendiri merupakan diktator.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini