Lelaki terkejut halaman Quran kosong ketika sambutan Aidilfitri

0
780

Kuala Lumpur – Seorang pegawai majlis agama Islam Johor (MAIJ) percaya lapan halaman al-Quran yang ‘kosong’ bukan kerana salah cetak.

Abdul Latif Juffri berkata naskhah itu dikhatam beberapa kali dan ditandatangani enam pelajar tahfiz sebagai bukti pembacaan.

“Menguatkan hujah mengenai kejadian itu adalah al-Quran berkenaan juga sering dibaca anak murid sekolah abang saya, malah mereka juga khatam dengan al-Quran sama.

“Namun ketika itu tidak berlaku kehilangan kandungan muka surat dalam naskhah kitab suci berkenaan hinggalah disedari pada Syawal lalu,” katanya.

Menurutnya lagi kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku.

“Kejadian ini sebenarnya adalah peristiwa yg berulang sejak kejadian pertama semasa saya baru mula mengajar di Sekolah Agama Seri Telok, Pt Yaani pada tahun 1999,” katanya.

Beliau berkata halaman yang kosong itu membabitkan empat surah dan disedari mereka 13 beradik pada sambutan Aidilfitri ini.

Katanya, mereka mengadakan marhaban dan tahlil di rumah keluarga di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat 25 Jun lalu.

Menolak andaian silap cetak sebagai punca, beliau percaya kejadian itu sebagai petunjuk kepada manusia semakin hampir akhir zaman.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini