‘Ibu rempit’ gigih bawa anak balik kampung naik motor (Video)

0
83

Kuala Lumpur – Foto dan rakaman video kegigihan seorang wanita menunggang motosikal dengan dua anaknya pulang beraya dari Temerloh, Pahang ke Taiping, Perak kelmarin, tular di media sosial.

Video 21 saat itu diambil sewaktu Norle Azura Muhammad, 33 dan anaknya dalam perjalanan ke Taiping selepas beraya di rumah ibu Norle di Temerloh

Tindakan tersebut menyebabkan Norbaya Ahmad, yang merakamkan aksi itu, mempelawa untuk menumpangkan anaknya hingga ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah.

“Saya terkejut apabila orang panggil saya abang,” kata Norle menceritakan teguran Norbaya dekat R&R Gambang pada raya ketiga, jam 6 petang itu.

“Saya sangkakan mereka tersalah orang namun apabila beberapa kali disuruh berhenti saya ikutkan saja arahan mereka kerana mungkin ada perkara yang hendak diberitahu.”

Namun, dia menanggap bantuan itu tepat pada masanya ekoran kehabisan minyak dan tayar pancit di Lanchang sebelum sampai ke hentian itu.

“Saya terpaksa masuk ke pekan Karak untuk mendapatkan bengkel dan alhamdulillah urusan dipermudahkan untuk saya meneruskan lagi perjalanan ke Genting Sempah.

“Ketika itu hanya Tuhan saja tahu betapa saya bersyukur. Jika tiada mereka, keluarga saya pun tidak tahu bagaimana untuk berdepan kesusahan itu bersama anak,” kata Norle.

Katanya pada awal dia tidak bercadang pulang ke rumah ibunya tetapi mengubah keputusan selepas sebak melihat wajah sugul anaknya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini