Adik ipar Zahid meninggal dunia

0
47

Kuala Lumpur – Adik ipar kepadaTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini pada pukul 10.59 pagi tadi.

Kamarulzaman Khamis, 59, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung, dipindahkan ke hospital itu dari Hospital Kem Terendak, Melaka setelah mengadu sakit pada pukul3 pagi semalam.

Sementara itu adik Ahmad Zahid, Datuk Mohd Lokman Hamidi, 54, berkata jenazah telah disembahyangkan di surau HAT Tuanku Mizan dan dibawapulang ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Daun selepas waktu Zohor.

Allahyarham merupakan adik ketiga Datin Seri Hamidah Khamis iaitu isteri kepada Ahmad Zahid, kata adik keempat timbalan perdana menteri itu ketika dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham Kamarulzaman yang berasal dari Melaka meninggalkan isteri dan sepasang anak lelaki dan perempuan.

Sementara itu, AhmadZahid hari ini memaklumkan mengenai perkara itu menerusi laman facebook rasminya.

“Dengan dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa adinda ipar saya Kamarulzaman Khamis telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi jam 10.59 pagi di HAT Tuanku Mizan.

“Al-Fatihah…semoga arwah ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini