Wanita Indonesia kesal ditipu pemandu teksi (Video)

0
1258

Kuala Lumpur – Seorang wanita warga Indonesia kesal dengan sikap seorang pemandu teksi yang didakwa mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tambang yang melampau.

Desty Rahma Wati melalui laman Facebooknya sebentar berkata pemandu teksi berbangsa India itu bukan sahaja tidak mengunakan meter namun apabila ditanya dia dengan nada sombong mengatakan penumpangnya sebagai bodoh dan tidak sekolah.

Berdasarkan klip video yang dimuatnaik, pemandu teksi itu turut dlihat berulang kali mengunakan bahasa yang tidak sewajranya kepada penumpang.

“You tengok buka mata, you bukan tarak sekolah buka mata tengok, teksi bajet mana satu, eksekutif mana satu (dan) teksi 1Malaysia mana satu.

“Tak tahu kalu, belajar, you orang tarak sekolah (sekarang) ada grab, uber lagi murah (tapi) itu hari ada perempuan kena rogol dalam kereta grab, lagi satu (kes) satu perempuan Cina hampir kena taruk pisau ada dengar, paper ada baca?” kata pemandu teksi tersebut

Menurut Desty lagi dia dan rakannya dikenakan caj bayaran sebanyak RM60 untuk jarak dari KL Sentral ke Pudu Sentral.

Malah rakannya juga dilihat terpaksa menjerit bagi meredakan keadaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diinggini berlaku.

Sementara itu tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna Facebook mengesa agar Desty segera membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Ada juga yang meminta agar perkara tersebut dimaklumkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Darat  (SPAD) agar tindakan susulan boleh dilakukan bagi mengelakan lebih ramai penumpang menjadi mangsa. – MassaTV

 

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini