KJ terima gangguan seksual di media sosial

0
2148

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dikatakan menerima banyak mesej berbaur lucah yang disifatkan sebagai gangguan seksual dari pengikutnya.

Khairy yang popular dengan panggilan KJ melalui laman Twitter, menasihatkan para pengikutnya agar jangan terlalu mengikut perasaan ketika menjamah juadah sempena sambutan Aidilfitri pada kali ini.

“Sudah masuk hari ke-3 (di bulan Syawal), sekiranya anda (masih) menjamu selera tanpa peduli, mungkin ada baiknya untuk mula pelahankan (nafsu makan) tersebut.

Adalah sangat mudah untuk menambah (berat badan) berbanding menurunkannya,” katanya memetik kenyataan di status berkenaan pada Selasa.

Status tersebut kemudiannya dibalas oleh seorang remaja lelaki yang mahu ‘menjamah’ ahli parlimen Rembau itu.

“Boleh saya ‘makan’ kamu daddy,” soalnya.

KJ kemudianya membalas tweet remaja lelaki tersebut dengan ucapan ringkas “kamu akan tercekik”.

Ekoran ‘tweet’ tersebut ramai dikalangan pengikutnya mula memberikan komen-komen berbaur lucah dan yang mempunyai maksud tersirat.

Malah ada yang mengucap panjang ketika membaca status tersebut sambil menyifatkan komen-komen tersebut merupakan gangguan seksual.

Terdahulu ahli parlimen Rembau itu bertanya kepada para para pengikutnya, mengapa ada dikalangan mereka sering memanggil dirinya dengan perkataan ‘daddy’.

“Kenapa ada orang yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan saya (sering) merujuk saya dengan panggilan ‘daddy’ di laman media sosial?

“Apakah maksud (perkataan) ini menurut percakapan millennial (generasi Y), apakah ia membawa maksud seperti pakcik,” soalnya pula. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini