Kat sini tak boleh cium kata Shanaz Ahmad (Video)

0
53

Kuala Lumpur – Aktor Sharnaaz Ahmad, 32 berkongsi kegembiraan ketika menyambut lebaran bersama isteri tersayang dengan para peminatnya di laman media sosial, Sabtu lalu.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad melalui akaun Instagram memuatnaik klip video pendek yang memaparkan aksi isterinya Noor Nabila, 32 memohon maaf dengannya di pagi hari raya.

“Khas buat semua nak tengok aku beraya dengan isteri tersayang, macam ini lah kami. Dialah paling mahir dalam menyakitkan hati aku dalam halus.. tetapi deni lah (Nadia) champion berjaya teroristkan hati kecil mak 🙂 i love u syg,” katanya memetik kenyataan di status berkenaan.

Paling menarik melalui klip video berdurasi 0.29 saat itu, Sharnaaz secara bergurau menolak permintaan isterinya untuk bercium sejurus selepas bersalaman dan memberikan duit raya.

“Eh tak boleh cium, nanti (orang) Malaysia tengoknya,” katanya sambil tertawa.sendiri video ini.

Sementara itu tinjauan yang dilakukan di ruangan komen mendapati, rata-rata peminat menyifatkan aksi pasangan itu sebagai romantik dan kelakar.

Sharnaaz selamat bergelar suami kepada kakak Neelofa, pada 31 Mac yang lalu. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini