Personaliti media sosial, Zukiee didakwa enggan bayar hutang

0
1881

Kuala Lumpur – Personaliti media sosial, Zukiee didakwa cuba mengelak dari membayar hutang dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah sehingga memaksa bekas rakan kongsinya memuatnaik isu tersebut di laman media sosial.

Muhammad Suhail ketika dihubungi MassaTV berkata, pihaknya pernah berulang kali menghubungi Zukieee atau nama sebenarnya, Zulkifli Muhammad, 25 untuk menuntut kembali hutang tersebut namun tidak berhasil.

Menurutnya dia sebelum ini telah memberikan banyak peluang kepada Zukiee untuk menyelesaikan perkara itu secara baik, namun peluang itu telah disia-siakan.

Suhail turut mendakwa kesabarannya seakan diuji kerana diperlakukan seperti seorang pengemis demi untuk menuntut haknya.

“Sebelum aku post ni pun aku masih bagi peluang lg mungkin dia nak bayar sebab dia ada reply kata takda masalah nak bayar dn siap nak bayar lebih lagi, tapi nak tengok aggrement hutang dia.

“(Namun bila) suruh datang tengok sini (pejabat) kata sibuk pulak, part paling best dekat perangai kerek tu tak reti2 nak buang dari dulu, kes tu lah gaduh dngan vines2 lain sebelum ni,” katanya.

Zukiee sebelum ini dikenali kerana sering memuatnaik pelbagai video yang mencuit hati bagi menghiburkan para pengikutnya disamping mempromosi beberapa produk mengikut gaya tersendiri.

Dia juga sebelum ini pernah terpilih untuk menyertai program komedi Super Spontan Superstar di saluran Astro Warna 132 dan Mustika HD 134 untuk berentap bersama-sama 14 selebriti lain yang bertanding.

Terdahulu Suhail melalui akaun Faceebook memuat naik status ‘Artis job banyak, hutang tak bayar-bayar’ bagi menerangkan mengenai isu tersebut.

“Memula lepas keluar dari company, aku bagi peluang sebab kesian nak kawin sampai tahap fone rosak tak boleh nak beli baru tu paling sedih. Aku bagi pakai beberapa barang company untuk dia gerak balik sikit2 dan settlekan beberapa job yang perlukan dia sebagai talent, tak nak nama busuk lepas beberapa isu timbul masa tu.

“Tapi lepas beberapa bulan, aku suruh adik aku follow up utk duit hutang yang masa tu dia pinjam dengan company sebanyak rm 30k untuk beli kereta dan dia perlu bayar rm 835 setiap bulan.

“Aku bukan tak berhati perut tapi aku sendiri perlukan duit utk settlekan hutang2 lebih puluh ribu ringgit company VM ni tanggung dan yg aku ‘gamble’ ambil (dah fikir waras). Dalam masa yg sama aku kena settlekan semua job2 pending yang ada. Semua tanggung jawab tu ada kat bahu aku,” ujarnya memetik kenyataan di status tersebut.

Tidak cukup dengan itu Suhail turut memuatnaik ‘print screen’ perbualan Whatsaap dan perjanjian penyelesaian hutang antara dirinya dengan Zukiee untuk membuktikan dakwaan tersebut.

Menurut perjanjian tersebut Zukiee perlu membayar RM835 sebulan kepada syarikat Viral Media Sdn Bhd (VMSB) selama 36 bulan.

Sehingga kini dia hanya membayar RM3,340 dan masih mempunyai tunggakan hutang sebanyak RM26,720.

Zukiee bersama rakan-rakannya sebelum ini menubuhkan sebuah syarikat pengiklanan VMSB bagi mempromosi produk di media sosial.

Sehingga kini Zukiee masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini