Harga minyak, diesel turun lagi

0
15

Kuala Lumpur – Harga minyak untuk minggu pertama Julai turun lagi, kali ke lima berturut-turut.

RON95 dan RON97 turun dua sen, manakala diesel pula kurang empat sen bermula tengah malam Rabu sehingga 5 Julai ini.

Harga runcit RON95 pada RM1.89 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel pula RM1.84 seliter.

Pengumuman itu dibuat menerusi siaran RTM1 dan dimuat naik menerusi akaun Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada petang Rabu.

Mekanisme harga petrol setiap minggu berkuat kuasa April lalu.

Harga bagi petrol dan diesel diuruskan mengikut sistem apungan sejak 1 Disember 2014.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini