“Pakcik datang sini nak cari anak” (Video)

0
855

Kuala Lumpur – Seorang lelaki tua sanggup datang ke Pulau Pinang dari Johor, kerana rindu dan risau akan keselamatan anak perempuanya yang telah menghilangkan diri hamipr setahun lalu.

Dia yang memperkenalkan diri sebagai Abdul Rahman Hj Abdul Karim berkata menaiki bas dari Muar ke Butterworth seorang diri itu kerana ingin mencari dan menyambut Aidilfitri bersama anak perempuannya.

“Nama pakcik Abdul Rahman bin Hj Abdul Karim dan saya ingin mencari anak saya Rosmawati binti Abdul Rahman, dia duduk di Bayan Lepas (alamat terakhir) tapi bila pakcik pergi ke sana dia dah tiada (kerana) dikatakan telah berpindah ke Kuala Lumpur

“Pakcik punĀ  dah tak tahu di mana dia duduk sekarang, sebab dia dah bawa (berpindah) dengan suami dia, habis tu semalam Pakcik tidur semalam di Butterworth Pulau Pinang.

“Jadi sekarang Pakcik nak balik lah sebab tak dapat nak mencari dia (tambahan pula) Pakcik bukan ada kelaurga atau saudara mara di Butterworth ini,” katanya menerusi klip video yang dimuatnaik di laman Facebook Nazli Mat Musa pada Selasa.

Nazli melalui status di Facebooknya berkata, pakcik tua itu meminta untuk menumpang keretanya kerana ingin ke stesyen bas setelah gagal untuk bertemu dengan anak perempuannya.

“Asalamualkum, masa aku pi bank HSBC kat Bagan tadi, pakcik (ini) minta nak tumpang dengan aku (sebab) nak pergi stesyen bas di Butterworth.

“Bila aku sembang dengan pakcik ini rupanya (dia) datang dari Johor (sebab) nak cari anak perempuan dia (yang) duduk di Bayan lepas, Pulau Pinang katanya tapi bila sampai di sana anak dia dah pindah,” ujarnya.

Nazli turut melahirkan rasa sedih dan geram dengan tindakan anak perempuan pakcik tua itu yang sanggup memperlakukan ayahnya sedemikian rupa.

“Anaknya tak pernah hubungi beliau dah setahun tanpa berita, sedih juga aku bila sembang dengan pakcik ini bila dia sangup datang dari Johor untuk mencari anak dia di bulan yang mulia ini.

“Tapi lagi sedih bila masih ada yang sanggup lansung tak menghubungi ayah, bapa, daddy, abah atau apa saja pangilan di bulan yang mulia ni, ehmmmmm geram pun ada jugak,” katanya lagi.

Sementara itu tinjauan diruangan komen mendapati rata-rata netizen turut melahirkan rasa simpati sambol menggesa agar anak perempuan pakcik tua itu segera menghubungi ayahnya. – MassaTV

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini