27.5 C
Kuala Lumpur, MY
Saturday, December 16, 2017
Utama Semasa Penunggang Motor Terima “Duit Raya” Awal di Terengganu

Penunggang Motor Terima “Duit Raya” Awal di Terengganu

0
20

KUALA TERENGGANU 24 Jun – Sehari menjelang 1 Syawal esok, kira-kira 1,500 penunggang motosikal menerima ‘duit raya awal’ dalam bentuk isian minyak secara percuma hasil sumbangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di stesen minyak Shell Kampung Duyong, Seberang Takir dekat sini hari ini.

Program Jom Isi Minyak Motor Raya Cikgu Razif Belanja itu berlangsung kira-kira dua jam bermula pukul 4.30 petang itu julung kali diadakan atas inisiatif Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.

Pengerusi penyelaras itu, Nik Mohd. Faridzal Nik Jaafar berkata, bagi menjayakan program isi minyak percuma itu, beberapa ahli jawatankuasa penyelaras pergerakan Pemuda UMNO berkenaan ditugaskan di situ melibatkan tiga hingga empat pam minyak.

Menurutnya, setiap penunggang menikmati kemudahan minyak percuma yang bernilai RM5 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM7,500.

“Ini merupakan program julung kali kita adakan untuk bantu orang ramai khususnya penunggang motosikal mengisi minyak secara percuma. Kita akan jadikan program ini sebagai tradisi setiap kali menjelang perayaan pada tahun-tahun akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pada sebelah pagi tadi, Menteri Besar turut menyempurnakan program Gunting Rambut Raya Cikgu Razif Belanja melibatkan 27 tukang gunting di aekitar DUN Seberang Takir.

Jelas beliau, program itu turut mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 10,000 orang dari golongan kanak-kanak hingga dewasa memanfaatkan peluang menggunting rambut secara percuma itu melibatkan 15 buah kedai.

“Setiap tukang gunting dikehendaki menggunting rambut 20 orang, setiap tukang gunting dibayar RM200 untuk kendalikan 20 pelanggan,” katanya

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini