China : Tanah Runtuh 15 Maut 100 Hilang

0
17

BEIJING: Seramai 15 orang ditemui mati akibat tanah runtuh yang menimbus sebuah perkampungan di barat daya China. Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, 100 orang dilaporkan hilang dalam kejadian itu dan pasukan penyelamat kini bertungkus-lumus mencari mangsa yang mungkin terselamat dicelah-celah runtuhan. Ibu pejabat penyelamat dilaporkan berkata, semua 15 mayat berjaya dikeluarkan daripada timbunan runtuhan menjelang jam 10 malam waktu tempatan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini