Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden di Makkah

0
58

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada rakyat negara ini terbabit dalam kejadian pengebom bunuh diri berhampiran Masjidil Haram ketika ribuan jemaah berkumpul menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai khususnya keluarga jemaah negara ini diharap tidak bimbang kerana keadaan adalah terkawal.

“Wakil Tabung Haji sudah meninjau lokasi kejadian dan mendapat laporan awal pihak berkuasa serta mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tahap keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

“Pihak berkuasa Arab turut meningkatkan kawalan keselamatan khususnya di kawasan tumpuan orang ramai.

“Jangan buat andaian bukan-bukan berhubung kejadian itu,” katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

Pada kejadian itu, sekurang-kurangnya 11 orang termasuk enam jemaah umrah asing cedera.

AFP yang memetik jurucakap kementerian, Jeneral Mansour al-Turki, memberitahu televisyen Saudi, polis menggagalkan rancangan lelaki itu yang cuba menjadikan Masjidil Haram, jemaah umrah dan mereka yang beribadat sebagai sasaran.

Dalam serbuan waktu subuh di Makkah dan bandar Laut Merah, pegawai Jeddah menahan lima suspek, termasuk seorang wanita, sebelum mengepung pengebom di sekitar Masjidil Haram.

Sejak akhir 2014, Arab Saudi sering berdepan pengeboman berkala dan tembakan yang didakwa dilakukan kumpulan militan IS.

Akhir Ramadan lalu, empat pegawai keselamatan mati dalam insiden letupan dekat Masjid Nabi di Madinah.

Ia antara satu daripada tiga letupan nekad di seluruh kerajaan itu pada hari yang sama, dengan tujuh dipercayai terbunuh. Insiden lain berlaku di Jeddah dan Qatif.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini