Aliran trafik kekal perlahan

0
24

Aliran trafik kekal perlahan di beberapa kawasan di lebuh raya utama akibat pertambahan kenderaan setakat 12 tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata kenderaan bergerak perlahan ke arah utara dari Rawang ke Bukit Beruntung, Bukit Beruntung ke Lembah Beringin dan Behrang ke Gopeng.

“Aliran trafik juga dilaporkan perlahan dari Jelapang menuju ke Sungai Perak, Kuala Kangsar ke Changkat Jering dan Bukit Berapit ke Bukit Beruntung,” katanya.

Beliau berkata aliran trafik ke arah selatan pula hanya perlahan dari Seremban ke arah Pedas Linggi manakala kawasan lain masih terkawal.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memberitahu aliran trafik semakin sesak di kawasan Gombak menuju ke Bentong akibat pertambahan kenderaan.

“Laluan kontra telah diaktifkan dari Km 57 hingga Km 59 untuk menyuraikan kesesakan trafik,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini