26.5 C
Kuala Lumpur, MY
Monday, December 11, 2017
Utama Semasa Orang Ramai Mula Balik Kampung

Orang Ramai Mula Balik Kampung

0
12

KUALA LUMPUR 23 Jun – Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mula melaporkan beberapa jalan khususnya mulai sesak berikutan jumlah kenderaan mulai meningkat ekoran pergerakan orang ramai balik kampung.

Twitter Plus melaporkan trafik perlahan selepas keluar tol Juru menuju ke Permatang Pauh disebabkan jumlah trafik yang tinggi.

Trafik juga perlahan dari Tapah menuju ke Gopeng, selain kesesakan sepanjang 7 kilometer dari Ayer Keroh ke Jasin disebabkan kenderaan rosak di lorong kiri Km 188 arah selatan

Keadaan dijangka semakin buruk ekoran jumlah kenderaan semakin meningkat berikutan cuti umum Hari Raya Aidilfitri bermula hari ini.

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini