‘Makhluk jelmaan syaitan’ buat penduduk ketakutan

0
36

KIRA-KIRA 4,000 penduduk di sebuah perkampungan di Afrika Selatan, hidup dalam ketakutan ekoran kelahiran seekor makhluk ngeri yang dipercayai dihantar oleh syaitan.

Penduduk di Lady Frere dekat wilayah timur mendakwa, makhluk separuh manusia dan separuh haiwan itu yang dilahirkan oleh seekor biri-biri merupakan perbuatan ahli sihir yang memuja syaitan.

Situasi panik di kampung berkenaan menyebabkan Jabatan Pembangunan Luar Bandar Timur Cap menghantar pakar untuk menjalankan kajian selepas gambar makhluk itu tersebar dengan pantas.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan, Dr Lubabalo Mrwebi mengesahkan gambar itu bukan palsu dan pihaknya telah mengkaji bangkai haiwan tersebut yang dilahirkan menyerupai bentuk manusia.

“Bagaimanapun haiwan itu bukan manusia tetapi anak biri-biri yang tidak membentuk dengan baik dan dijangkiti virus ketika dalam kandungan,” katanya.

Pihak jabatan haiwan akan menjalani kajian lanjut dan keputusan bedah siasat bangkai bintang itu akan dimaklumkan kepada umum bagi meredakan kebimbangan penduduk setempat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, makhluk berkenaan dihantar oleh syaitan dan dilahirkan dengan bentuk separuh manusia serta separuh biri-biri.

“Ramai penduduk bimbang dan tidak gembira selagi bangkai itu tidak dibakar,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini