Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 5 Pusat Beli-Belah Di Kuching

0
31

Kuching – Orang ramai yang berkunjung ke VivaCity Shopping Mall di sini petang tadi, gempar apabila seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat lima pusat beli-belah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Awangku Mutalib Awang Nusi, 24, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat patah pinggang, kaki dan tangannya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisoner Abang Ahmad Abang Julai berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari tempat letak kenderaan di tingkat lima bangunan berkenaan.

Menurutnya, setakat ini tiada unsur-unsur jenayah dikesan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.

“Kita telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak pengurusan pusat beli belah itu untuk membantu siasatan.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. – Utusan Online

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini