Lapan Anggota Trafik Disiasat Terlibat Peras Ugut, Rasuah

0
14

Kuala Lumpur – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menjelaskan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) masih menyiasat kes melibatkan lapan anggota trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya yang ditahan bersama sejumlah wang tunai baru-baru ini.

“Polis masih menyiasat jumlah sebenar wang tunai tersebut yang dipercayai hasil aktiviti peras ugut.

“Buat masa ini, kesemua mereka masih bertugas namun sekiranya mempunyai bukti kukuh, anggota terlibat akan didakwa di mahkamah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini tadi.

Tambahnya, serbuan pada 20 Jun itu dilakukan JIPS di bilik trafik IPD tersebut selepas mendapat maklumat orang awam mengenai kegiatan pemerasan itu.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas antara Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Amer Awal menggantikan Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman yang akan bersara wajib pada 28 Jun ini.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini